Sabtu, 25 April 2020

Duit Syiling 1 ringgit parlimen

Maklumat mengenai duit syiling 1 Ringgit parlimen yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Duit syiling ini dikeluarkan bermula daripada tahun 1971 sehingga 1986. Namun, terdapat tahun-tahun tertentu yang tidak dikeluarkan untuk duit syiling parlimen ini.

Tahun syiling 1 Ringgit yang dicari
1982, 1986 & 1971 (Royal Mint, London)

1 Ringgit

Pada bahagian belakang, nilai denominasi tertera ditengah-tengah dan di apit bahagian tepi oleh bunga raya, bunga kebangsaan Malaysia. Di bahagian atas tertera tulisan "MALAYSIA" dan tahun syiling di bahagian bawah.

parlimen

Pada bahagian hadapan siri ini kelihatan bangunan Parlimen di Kuala Lumpur, sebagai lambang demokrasi Malaysia. Lambang bulan sabit dan bintang berbucu 13 diambil daripada bendera Malaysia, melambangkan Malaysia sebagai negara Islam dan 13 buah negeri di Malaysia.

Rekabentuk bahagian belakang untuk duit syiling seringgit adalah berbeza dengan duit syiling yang lain; Lambang bulan dan bintangnya lebih besar dan bintangnya berbucu 14 berbanding berbucu 13 untuk duit 1, 5, 10, 20 dan 50 sen.

Duit syiling 1 ringgit parlimen mula diperkenalkan pada 1 Mei 1971 dengan 2,378,995 telah dibenarkan untuk tempaan untuk tahun tersebut. Mengikut khabar angin, lebih kurang 500,000 ditempa di London Mint dan selebihnya dibuat di Kilang Wang Bank Negara di Shah Alam.

Cara paling mudah untuk membezakan syiling 1 Ringgit 1971 ialah melihat huruf M pada perkataan Malaysia di sisi duit syiling tersebut. Setakat ini, tidak ada maklumat rasmi mengenai jumlah syiling yang ditempa di London Mint.

Spesifikasi Teknikal:
Nilai muka: 1 ringgit.
Diameter: 33.9 mm.
Berat: 17.00 gm.
Komposisi: Copper -Nickel.
Sisi : Huruf ukir "BANK NEGARA MALAYSIA"
Mint: Kilang Wang Shah Alam.

SENARAI DUIT SYILING 1 RINGGIT PARLIMEN:


Tahun Keluaran Mintage (pcs)
1971 2,378,995
1980 472,095
1981 764,795
1982 201,550
1984 355,472
1985 301,583
1986 252,473

Tahun tiada keluaran:
1972, 1973, 1974, 1975, 1976, 1977, 1978, 1979, 1983, 1987 & 1988

Untuk pengetahuan anda juga, duit syiling RM1 tidak lagi sah diperlakukan sejak 7 Disember 2005. Ini bermakna, ianya tidak lagi boleh digunakan untuk sebarang urus niaga.

Untuk mengetahui nilai dan harga duit syiling ini, anda bolehlah membacanya di dalam artikel; Nilai duit syiling 1 Ringgit mengikut tahun.