Sabtu, 12 November 2016

Syiling Rancangan Malaysia ke-5 (RMK5)

Duit Syiling Peringatan Rancangan Malaysia Ke-5 (RMK5) telah dilancarkan oleh YAB Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad pada 30 Ogos 1986. 3 jenis duit syiling peringatan telah dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM); 500 Ringgit emas, 25 Ringgit perak dan 1 Ringgit Copper-Nickel.

RMK5

Bahagian hadapan duit syiling mempunyai rekabentuk yang berbeza mengikut jenis duit syiling; rekabentuk abstrak yang memaparkan sektor perindustrian untuk syiling 500 Ringgit emas; rekabentuk abstrak yang memaparkan sektor perkilangan, perkapalan, pembinaan, perdagangan serta penapisan minyak untuk 25 Ringgit perak; dan rekabentuk abstrak yang memaparkan sektor pertanian 1 Ringgit Copper-Nickel. Perkataan "RANCANGAN MALAYSIA KELIMA" dibahagian atas dan tahun "1986-1990" di bahagian bawah syiling. Bahagian belakang memaparkan rekabentuk yang sama Jata Negara Malaysia dengan perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA" disebelah atas dan nilai muka syiling diletak di bahagian bawah.

Duit syiling ini dikeluarkan dan dikilangkan oleh Singapore Mint.

Syiling 1 Ringgit Rancangan Malaysia ke-5 (RMK5)
RMK5

SPESIFIKASI TEKNIKAL:
Nilai muka: 1 Ringgit
Aloi: Copper Nickel
Diameter: 33.40mm
Berat: 16.90g
Mintage Pruf: 8,000 pieces
Mintage bukan pruf: 1,000,000 pieces
Harga Pruf & bukan pruf: (Rujuk: Senarai Harga Syiling 1 Ringgit)


Syiling 25 Ringgit Rancangan Malaysia ke-5 (RMK5)
25 Ringgit Perak

SPESIFIKASI TEKNIKAL:
Nilai muka: 25 Ringgit
Aloi: Perak .500
Diameter: 33.40mm
Berat: 35.00g
Mintage Pruf: 5,000 pieces
Mintage bukan pruf: 80,000 pieces
Harga Pruf & bukan pruf: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Perak)


Syiling 500 Ringgit Rancangan Malaysia ke-5 (RMK5)
500 Ringgit emas


SPESIFIKASI TEKNIKAL:
Nilai muka: 500 Ringgit
Aloi: Emas .900 pruf
Diameter: 26.16mm
Berat: 10.26g
Ketebalan: 1.55mm
Mintage Pruf: 1,000 pieces
Mintage bukan pruf: 10,000 pieces
Harga Pruf & bukan pruf: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Emas)


Proof set 3
2,000 sets of RM1, RM25 and RM500
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Set 3 dalam 1)


Untuk senarai lengkap Harga duit lama Malaysia (syiling edaran, syiling peringatan dan coincard), anda boleh mencari maklumat mengenainya didalam artikel ini; Senarai lengkap harga syiling edaran & syiling peringatan Malaysia.