Saturday, October 22, 2016

Syiling Ulangtahun ke-10 Bank Negara Malaysia

Pada 24 Januari 1969, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan duit syiling peringatan sempena memperingati Ulangtahun ke-10 Bank Negara Malaysia. Pada muka hadapan syiling tersebut, tertera gambar Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah, Yang di-Pertuan Agong Keempat yang memerintah dari 21 September 1965 hingga 20 September 1970.

Pada hari pelancarannya, syiling copper nickel dijual oleh Bank Negara pada harga nilai mukanya sahaja.

Tuanku Ismail Nasiruddin Shah

Pada muka hadapan syiling ini memaparkan wajah Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah dengan dikelilingi oleh tulisan "DYMM SBP TUANKU ISMAIL NASIRUDDIN SHAH".

BANK NEGARA MALAYSIA 1959-1969

Pada muka belakang syiling tertera tulisan "BANK NEGARA MALAYSIA 1959-1969" dengan kalungan bunga raya, bulan sabit dan bintang mengelilingi nilai donimasinya $1.

1 ringgit Syiling Ulangtahun ke-10 Bank Negara
1 Ringgit Copper NIckel

Spesifikasi Teknikal:
Tahun: 1969
Nilai Muka: $1
Komposisi: Copper-nickel
Berat: 20.400g
Diameter: 33.30 mm
Ketebalan:: 2.63 mm
Tempaan (Mintage): 1,000,000 pcs
Kilang Wang: Hamburg Mint, Germany
Harga Jualan BNM: 1 Ringgit
Harga Pasaran semasa: (Harga terkini, sila baca: Nilai duit syiling 1 ringgit).


1 ringgit Silver proof 10th Anniversary of Bank Negara
1 Ringgit Silver Pruf

Spesifikasi Teknikal:
Tahun: 1969
Nilai Muka: $1
Komposisi: .925 Silver
Kualiti: Proof
Berat: 20.400g
Diameter: 33.30 mm
Ketebalan:: 2.63 mm
Kotak: Ya
Tempaan (Mintage): 1,000 pcs
Kilang Wang: Hamburg Mint, Germany
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Perak)

Untuk senarai lengkap Harga duit lama Malaysia (syiling edaran, syiling peringatan dan coincard), anda boleh mencari maklumat mengenainya didalam artikel ini; Senarai lengkap harga syiling edaran & syiling peringatan Malaysia.