Duit peringatan 1 ringgit copper-nickel

Sebelum Bank Negara Malaysia membuat duit syiling peringatan RM1 di dalam bentuk coin card, BNM menempa duit peringatan 1 ringgit copper-nickel. Oleh kerana saiznya yang agak besar dan warnanya yang seakan perak (silver), ramai bukan kolektor yang keliru dengan duit syiling ini dan beranggapan harganya sangat tinggi. Maka bermulalah harga hilang akal di iklankan di iklan-iklan online seperti di mudah.my. Syiling peringatan RM1 yang mula dikeluarkan pada tahun 1969 itu mempunyai saiz di dalam lingkungan 33.35 mm dan di antara syiling Malaysia yang terbesar. Sewaktu syiling-syiling tersebut dikeluarkan BNM, mereka hanya menjualnya pada nilai muka RM1 sahaja. Jauh bezanya dengan syiling coin card yang dijual dengan harga lebih kurang RM10 sekeping. Namun, harga pasaran Malaysia coin card juga agak tinggi jika hendak dibandingkan dengan duit peringatan RM1 copper-nickel ini. Anda boleh membaca mengenai harga duit coin card Malaysia di sini; Senarai lengkap harga coin card Malaysia.

RMK5 coin


Duit Syiling peringatan 1 ringgit copper-nickel:
  • Ulangtahun ke-10 Bank Negara Malaysia 1959-1969
  • Penganugerahan Taraf Bandaraya-Kuala Lumpur-1972
  • Ulang Tahun ke-25 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja-1976
  • Rancangan Malaysia Ketiga 1976-1980
  • Sukan SEA ke-9 (Sea Games)-1977
  • 20 tahun merdeka 1957-1977
  • 100 Tahun Getah Asli 1877-1977
  • Ulangtahun ke-20 Bank Negara Malaysia 1959-1979
  • Sambutan 15 Abad Hijrah-1401 Hijrah
  • Rancangan Malaysia Keempat 1981-1985
  • 25 tahun merdeka 1957-1982
  • Ulangtahun ke-35 Persidangan PATA 1986
  • Rancangan Malaysia Kelima 1986-1990

Saya akan berkongsi senarai lengkap harga duit syiling peringatan RM1 kemudian. Di harap, bukan collector tidak akan salah faham lagi dengan syiling ini, ianya bukan silver tetapi diperbuat daripada copper-nickel.

Terima Kasih kerana membaca artikel ini.



0 comments:

 
Malaysian Coin © 2011 | Designed by Chica Blogger.