Selasa, 15 April 2014

Syiling Peringatan 1 ringgit 20 tahun BNM

Pada 26 Januari 1979, Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan syiling peringatan 1 Ringgit sempena dengan ulang tahun ke-20 Bank Negara Malaysia (BNM). Syiling ini dikeluarkan didalam 2 jenis iaitu 1 Ringgit Copper Nickel dan 1 Ringgit perak peruf dengan ketulenan .925 (92.5%). Syiling ini adalah sah diperlakukan (legal tender) dan ditempa di Birmingham Mint, UK.

1959-1979

Bahagian hadapan syiling memaparkan bangunan ibu pejabat Bank Negara Malaysia di Kuala Lumpur dan logo Bank Negara Malaysia di bahagian tengah serta tahun "1959-1979" dibawahnya.

1 Ringgit 20 tahun BNM

Bahagian belakangnya memaparkan lambang $1 RINGGIT dibahagian tengah dengan dikelilingi perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA" dan "DUA PULUH TAHUN".


Syiling Peringatan 1 Ringgit 20 tahun BNM

Spesifikasi Teknikal:
Tahun: 1979
Nilai Muka: 1 Ringgit
Komposisi: Copper-nickel (Tembaga 75% Nikel 25%)
Berat: 16.85g
Diameter: 33.30mm
Tempaan (Mintage): 300,000 pcs
Ketebalan: 2.2mm
Mint: Birmingham Mint
Harga Pasaran semasa: (Rujuk: Nilai harga duit syiling 1 ringgit)

Syiling Peringatan 1 Ringgit 20 tahun BNM-Peruf
Komposisi: .925 perak peruf (Perak 92.5% Tembaga 7.5%)
Tempaan (Mintage): 8,000 pcs
Harga Pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Perak)


Untuk senarai lengkap Harga duit lama Malaysia (syiling edaran, syiling peringatan dan coincard), anda boleh mencari maklumat mengenainya didalam artikel ini; Senarai lengkap harga syiling edaran & syiling peringatan Malaysia.