Isnin, 10 Februari 2014

Syiling Peringatan 1 Ringgit 20 tahun Merdeka

Pada 30 Ogos 1977, Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan duit syiling peringatan 1 Ringgit 20 tahun Merdeka sempena dengan Hari kemerdekaan Malaysia yang ke 20 tahun. Duit syiling yang menggunakan logam Cupro-Nickel itu adalah sah diperlakukan (legal tender) dan dikeluarkan didalam bentuk peruf dan bukan peruf.

Tuanku Abdul Rahman

Bahagian hadapan syiling ini memaparkan potrait Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Rahman, Yang Dipertuan Agong Malaysia yang pertama. Potrait tersebut dikelilingi dengan perkataan "TUANKU ABDUL RAHMAN" disebelah atas dan perkataan "MALAYSIA" dibahagian bawah.

20 tahun merdeka

Bahagian belakang syiling pula memaparkan Lambang Jata Negara ditengah syiling tersebut dan tahun "1957-1977" di atasnya. Jata negara tersebut dikelilingi dengan perkataan "20 TAHUN MERDEKA" dibahagian atas dan nilai muka syiling di bahagian bawah.

Syiling Peringatan 1 Ringgit 20 tahun Merdeka
1 Ringgit 20 tahun merdeka

Spesifikasi Teknikal:
Tahun: 1977
Nilai Muka: 1 Ringgit
Komposisi: Copper-nickel (Tembaga 75% Nikel 25%)
Berat: 16.80g
Diameter: 33.40mm
Tempaan (Mintage): 500,000 pcs; 3,100 pcs peruf.
Ketebalan: 2.45mm
Mint: Franklin Mint
Harga Pasaran semasa: (Rujuk: Nilai harga duit syiling 1 ringgit)

Untuk senarai lengkap Harga duit lama Malaysia (syiling edaran, syiling peringatan dan coincard), anda boleh mencari maklumat mengenainya didalam artikel ini; Senarai lengkap harga syiling edaran & syiling peringatan Malaysia.