Thursday, April 3, 2014

Syiling Rancangan Malaysia Ke 4 1981-1985

Pada 16 Mac 1981, Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan 3 jenis syiling peringatan yang sah diperlakukan (legal tender) sempena memperingati Pelancaran Rancangan Malaysia Ke-4 oleh Perdana Menteri Malaysia Ketiga, Tun Hussein Onn. Syiling ini dikeluarkan menggunakan logam emas, perak dan kupro-nikel dimana setiap jenis dikeluarkan dalam bentuk peruf dan bukan peruf.

Tun Hussein Onn

Muka hadapan syiling tersebut memaparkan potrait Perdana Menteri Malaysia yang ketiga, Tun Hussein Onn. Di bahagian bawah imej tersebut tertera perkataan "TUN HUSSEIN ONN".

rmk4

Bahagian belakang syiling memaparkan lambang Jata Negara di tengah dengan dikelilingi perkataan "1981 * RANCANG MALAYSIA KEEMPAT * 1985" serta nilai muka syiling. Untuk syiling emas, perkataan "900/1000 FINE GOLD" tertera dibawah Jata Negara.

Kesemua duit syiling ini telah ditempa oleh Franklin Mint, USA.

Syiling $1 ringgit Cupro Nickel Rancangan Malaysia Ke 4
duit tun hussein
Spesifikasi Teknikal:
Tahun: 1981
Nilai Muka: 1 ringgit
Komposisi: Copper-nickel
Berat: 16.80g
Diameter: 33.35mm
Tempaan (Mintage): pruf-10,000 keping; bukan pruf-1,000,000.
Ketebalan: 2.6mm
Harga Jualan: RM
Harga pasaran semasa: Pruf-RM130; bukan pruf RM15   Harga terkini, sila baca: Nilai duit syiling 1 ringgit.


Syiling $20 ringgit perak Rancangan Malaysia Ke 4
hussein onn silver
Spesifikasi Teknikal:
Tahun: 1981
Nilai Muka: 20 ringgit
Komposisi: .500 perak
Berat: 16.90g
Diameter: 33.35mm
Tempaan (Mintage): pruf-5,000 keping; bukan pruf-100,000.
Ketebalan: 2.40mm
Harga Pasaran semasa: Pruf-RM230; bukan pruf RM100 (BU)


Syiling $500 ringgit emas Rancangan Malaysia Ke 4
hussein onn gold
Spesifikasi Teknikal:
Tahun: 1981
Nilai Muka: 500 ringgit
Komposisi: .900 emas
Berat: 10.26g
Diameter: 26.50mm
Tempaan (Mintage): pruf-1,000 keping; bukan pruf-20,000.
Harga Pasaran semasa: Pruf-RM3,000; bukan pruf RM1,800


Set Pruf 3 dalam 1:
Mengandungi duit syiling emas, perak dan Copper-nickel pruf
Tempaan: 3,000 set.
Harga pasaran semasa: RM3,300


Untuk senarai lengkap Harga duit lama Malaysia (syiling edaran, syiling peringatan dan coincard), anda boleh mencari maklumat mengenainya didalam artikel ini; Senarai lengkap harga syiling edaran & syiling peringatan Malaysia.