Sabtu, 8 Februari 2014

Duit Syiling 100 Tahun Penanaman Getah Asli

Pada 2 Julai 1979, Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan Duit Syiling Peringatan 100 Tahun Penanaman Getah Asli bersempana dengan sambutan ulangtahun ke-100 Penanaman Getah Asli di Malaysia sebagai menghargai peranan penting yang telah dimainkan oleh industri getah asli dalam pembangunan ekonomi negara. Syiling Kupro-Nickel yang dikeluarkan oleh Kilang Wang Bank Negara Malaysia, Shah Alam tersebut dikeluarkan didalam nilai muka RM1 dan jumlah tempaan sebanyak 500,000 keping.

Getah Asli

Pada bahagian hadapan duit syiling ini memaparkan logo sambutan 100 Tahun Getah Asli di Malaysia; sepasang tangan sedang menoreh pokok getah dengan latar belakang model molekul dan globe dunia.

1 ringgit 1877-1977

Pada bhagian belakang pula dipaparkan dengan nilai muka $1 dikelilingi dengan perkataan "SERATUS TAHUN GETAH ASLI" disebelah atas syiling dengan "1877-1977" di bawah nilai denominasi. Perkataan "Malaysia" ditempa dibahagian bawah syiling.

Syiling Peringatan 1 ringgit 100 Tahun Penanaman Getah Asli
1 ringgit Getah

Spesifikasi Teknikal:
Tahun: 1979
Nilai Muka: $1
Komposisi: Copper-nickel
Berat: 16.80g
Diameter: 33.40 mm
Ketebalan:: 2.5 mm
Tempaan (Mintage): 500,000 pcs
Kilang Wang: Kilang Wang Bank Negara Malaysia, Shah Alam
Harga Pasaran semasa: (Rujuk: Nilai duit syiling 1 ringgit)

Untuk senarai lengkap Harga duit lama Malaysia (syiling edaran, syiling peringatan dan coincard), anda boleh mencari maklumat mengenainya didalam artikel ini; Senarai lengkap harga syiling edaran & syiling peringatan Malaysia.