Selasa, 15 Oktober 2013

Duit Peringatan 1 ringgit 1401 Hijrah

Duit syiling peringatan 1 ringgit 1401 Hijrah atau dikenali juga sebagai Duit Syiling Peringatan Sempena Abad Ke-15 Hijrah telah dikeluarkan sempena Abad Ke-15 Hijrah yang jatuh pada tanggal 1 Muharam 1401 Hijrah. Syiling yang diperbuat daripada copper-nickel ini telah dilancarkan pada 11 November 1980 dengan jumlah keluarkan sebanyak 500,000 keping dan dijual pada nilai mukanya $1 sahaja. Tidak ada syiling pruf dikeluarkan untuk siri syiling ini.

1401 Hijrah

Pada bahagian hadapan syiling ini memaparkan logo sambutan sedunia perayaan menyambut ketibaan Abad Ke-15 Hijrah. Huruf jawi "HA" bermaksud hijrah. Bangunan Kaabah dan menara Masjid Nabawi di Madinah melambangkan penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari kota Mekah ke kota Madinah dan permulaan perkiraan tahun hijrah. Sarang labah-labah melambangkan perpaduan dikalangan ummat Islam di Malaysia dan dunia.

1 ringgit hijrah

Pada bahagian belakang syiling ini memaparkan tulisan jawi "Sambutan Abad Ke-15 Hijrah" diletakkan dibelah atas syiling, nilai muka $1 dibahagian tengah syiling dengan tulisan jawi "1401 Hijrah" di atasnya. Tulisan  jawi "Malaysia" dibahagian bawah syiling.

Duit Syiling Peringatan Sempena Abad Ke-15 Hijrah:
1401 Hijrah

Spesifikasi Teknikal:
Tahun: 1980-1401 Hijrah
Nilai Muka: $1
Komposisi: Copper-nickel
Berat: 17.00 gram
Diameter: 33.40 mm
Tempaan (Mintage): 500,000 pcs
Ketebalan: 2.50mm
Mint: Kilang Wang, Shah Alam
Harga Pasaran semasa: (Rujuk: Nilai harga duit syiling 1 ringgit)


Untuk senarai lengkap Harga duit lama Malaysia (syiling edaran, syiling peringatan dan coincard), anda boleh mencari maklumat mengenainya didalam artikel ini; Senarai lengkap harga syiling edaran & syiling peringatan Malaysia.