Ahad, 13 Januari 2013

Duit syiling peringatan Sukan SEA ke-9

Duit syiling peringatan Sukan SEA ke-9 dikeluarkan Bank Negara Malaysia sempena Sukan Asia tenggara yang diadakan di Kuala Lumpur daripada 19 Disember sehingga 26 Disember 1977. Sukan itu disertai oleh 3 negara baru; Brunei, Indonesia dan Filipina yang baru saja menyertai Persekutuan sukan SEAP. Ini menjadikan keseluruhan 7 negara yang menyertai acara sukan tersebut termasuk Myanmar, Singapura, Thailand dan Malaysia yang sudah menyertai Sukan Sea edisi sebelumnya.

Syiling peringatan ini dikeluarkan pada 15 Julai 1977 dengan 3 denominasi; $200 syiling emas, $25 syiling perak dan $1 cupro-nickel. Kesemua duit syiling ini ditempa di Franklin Mint, Amerika Syarikat.

Sukan SEA

Pada muka depan syiling $200 menunjukkan seorang lelaki "Bajau" sedang menunggang kuda, Syiling $25 mempunyai peta Asia Tenggara dan syiling $1 menunjukkan permainan tradisional wau bulan. Terdapat juga logo rasmi sukan sea dan perkataan "NINTH SOUTHEAST ASIA GAMES".

Pada muka belakang duit syiling memaparkan Jata Negara Malaysia ditengah dengan perkataan "KUALA LUMPUR-MALAYSIA 1977" pada sebelah atas dan denominasi duit syiling pada sebelah bawah.

$1 ringgit Sukan SEA ke-9 1977
1 Ringgit SEA games

Spesifikasi Teknikal:
Tahun: 1977
Nilai Muka: 1 ringgit
Komposisi: Copper-nickel
Berat: 16.80g
Diameter: 33.36mm
Tempaan (Mintage): 1,000,000 pcs bukan peruf; 11,000 peruf
Ketebalan: 2.5mm
Harga Pasaran semasa: (Rujuk: Nilai harga duit syiling 1 ringgit)


Duit $25 ringgit Perak Sukan SEA ke-9 1977
25 Ringgit Perak

Spesifikasi Teknikal:
Tahun: 1977
Nilai Muka: 25 ringgit
Komposisi: .925 perak
Berat: 34.10g
Diameter: 42.10mm
Tempaan (Mintage): 100,000 pcs bukan peruf; 5,877 peruf
Ketebalan: 3.00mm
Harga Pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Perak)


Duit $200 ringgit Emas Sukan SEA ke-9 1977
200 Ringgit Emas

Spesifikasi Teknikal:
Tahun: 1977
Nilai Muka: 200 ringgit
Komposisi: .900 emas
Berat: 7.22g
Diameter: 25.24mm
Tempaan (Mintage): 12,000 pcs bukan peruf; 975 peruf.
Ketebalan: 1.33mm
Harga Pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Emas)


Set Pruf 3 dalam 1:
Mengandungi duit syiling emas, perak dan Copper-nickel pruf
Tempaan: 975 set.
Harga pasaran semasa:  (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Set 3 dalam 1)


Untuk senarai lengkap Harga duit lama Malaysia (syiling edaran, syiling peringatan dan coincard), anda boleh mencari maklumat mengenainya didalam artikel ini; Senarai lengkap harga syiling edaran & syiling peringatan Malaysia.