Sabtu, 12 November 2016

Syiling Ulang Tahun Ke-25 KWSP

Pada 18 Oktober 1976, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan syiling peringatan bersempena dengan Ulang Tahun Ke-25 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Duit syiling peringatan tersebut dikeluarkan dalam 3 denominasi; 1 Ringgit Copper Nickel, 25 Ringgit perak dan 250 Ringgit emas.

Ulang tahun kwsp

Rekabentuk hadapan syiling tersebut adalah berbeza-beza mengikut denominasi. Bahagian hadapan memaparkan gambar pekerja mengelilingi logo KWSP untuk 1 Ringgit Copper Nickel, Gambar peta Malaysia dan logo KWSP ditengahnya untuk 25 Ringgit perak dan logo KWSP untuk 250 Ringgit emas. Bahagian belakang kesemua duit syiling memaparkan denominasi syiling dan juga perkataan "ULANG TAHUN KE 25 KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA" serta "MALAYSIA 1976".

Kesemua duit syiling peringatan ini dikilangkan di Franklin Mint, Amerika Syarikat.

Syiling 1 ringgit Ulang Tahun ke-25 KWSP
1 Ringgit kwsp

SPESIFIKASI TEKNIKAL:
Nilai muka: 1 Ringgit
Aloi: Copper Nickel
Diameter: 33.40mm
Berat: 16.80g
Mintage Pruf: 7,810 pieces
Mintage bukan pruf: 500,000 pieces
Harga Pruf & bukan pruf: (Rujuk: Senarai Harga Syiling 1 Ringgit)


Syiling 25 ringgit Ulang Tahun ke-25 KWSP
25 Ringgit perak

SPESIFIKASI TEKNIKAL:
Nilai muka: 25 ringgit
Aloi: Perak .925
Diameter: 42.001mm
Berat: 34.10g
Mintage Pruf: 7,796 pieces
Mintage bukan pruf: 100,000 pieces
Harga Pruf & bukan pruf: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Perak)


Syiling 250 ringgit Ulang Tahun ke-25 KWSP
250 Ringgit

SPESIFIKASI TEKNIKAL:
Nilai muka: 250 ringgit
Aloi: Emas .900 pruf
Diameter: 26.15mm
Berat: 10.11g
Ketebalan: 1.40mm
Mintage Pruf: 7,706 pieces
Mintage bukan pruf: 30,000 pieces
Harga Pruf & bukan pruf: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Emas)


Proof set 3
1,000 sets of RM1, RM25 and RM250
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Set 3 dalam 1)


Untuk senarai lengkap Harga duit lama Malaysia (syiling edaran, syiling peringatan dan coincard), anda boleh mencari maklumat mengenainya didalam artikel ini; Senarai lengkap harga syiling edaran & syiling peringatan Malaysia.