Ahad, 15 November 2015

Senarai Syiling era Royal Mint Malaysia

Kebanyakan syiling peringatan yang dikeluarkan pada tahun 2000 sehingga 2008, era Royal Mint of Malaysia, menjadi buruan collector kerana jumlah mintage yang rendah dan juga reka bentuk menarik pada duit syiling tersebut.

Royal Mint

Sejarah Royal Mint of Malaysia bermula apabila tawaran penswastaan Kilang Wang Bank Negara oleh pemilik Mariwasa Kraftangan Sdn Bhd yang berpusat di Kuala Kangsar, Datuk Megat Abdul Wahab Megat Abu Bakar telah diterima oleh Bank Negara Malaysia pada awal tahun 2000.

Semasa era Royal Mint, Kilang Wang Malaysia itu mengeluarkan banyak duit syiling peringatan dan juga medallion untuk pejabat kerajaan dan juga swasta. Pada ketika itu, pengumpul duit syiling peringatan tidaklah semeriah pada ketika ini. Sehingga ke hari ini, ada sahaja medallion baru yang tidak pernah direkodkan serta dibuat oleh Royal Mint Malaysia muncul dipasaran.

Di dalam artikel kami sebelum ini, Master Designer semasa era Royal Mint of Malaysia, Tuan Ismail Ibrahim telah menyatakan yang beliau telah membuat rekabentuk untuk syiling peringatan NAM, syiling peringatan UiTM dan juga syiling peringatan LIMA.

Pada Pendapat anda, selain daripada syiling yang disebutkan di atas, syiling peringatan yang mana lagi adalah rekaan Tuan Ismail Ibrahim?

Shah Alam
Tahun 2000-Bandaraya Shah Alam



Sukan SEA
Tahun 2001-Sukan SEA Ke-21



Hoki Piala Dunia
Tahun 2002-Hoki Piala Dunia ke-10



Agong XII
Tahun 2002-Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-12



45 tahun merdeka
Tahun 2002-45 tahun Merdeka



Non-Aligned Movement (NAM)
Tahun 2003-Non-Aligned Movement (NAM)



LIMA 03
Tahun 2003-Langkawi International Maritime & Aerospace



oic putrajaya
Tahun 2003-Persidangan ketua-ketua Negara Islam ke-10 (OIC)



Tunku Abdul Rahman
Tahun 2005-100 tahun Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj



Islamic Development Bank (IDB)
Tahun 2005-Persidangan ke-30 IDB



ASEAN Summit
Tahun 2005-Sidang Kemuncak Asean ke 11



Songket
Tahun 2005-Songket Seni Warisan Agung



FELDA
Tahun 2006-50 tahun FELDA 1956-2006



Universiti Teknologi Mara
Tahun 2006-50 tahun Universiti Teknologi MARA (UiTM)



RMK9
Tahun 2006-Rancangan Malaysia ke-9 (RMK 9)


200 tahun polis
Tahun 2007-200 tahun sambutan penubuhan pasukan Polis



Agong Mizan
Tahun 2007-Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-13



50 Merdeka
2007-50 tahun merdeka 1957-2007