Sabtu, 14 November 2015

Cara menyemak peniaga berdaftar SSM

Sebagai pembeli, kita mungkin pernah melihat peniaga online memaparkan nama perniagaan, nombor pendaftaran perniagaan atau syarikat, alamat e-mel dan nombor telefon di laman web, Facebook atau Instagram mereka tetapi bagaimanakah kita nak tahu apa yang dipaparkan itu adalah betul?

semak ssm

Ramai yang dah tahu, peniaga online juga perlu mendaftarkan perniagaan mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) berikutan arahan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan pada tahun 2014.

Tidak mendaftarkan perniagaan anda adalah satu kesalahan dan anda boleh didakwa di mahkamah di bawah Seksyen 12 (1)(a) Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan 2001) yang membawa hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

Peniaga dalam talian atau online, termasuk di laman sosial Facebook dan Instagram, diwajibkan mendaftar perniagaan mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Cara menyemak peniaga berdaftar SSM:

1. Pergi ke masuk ke portal Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), http://www.ssm-einfo.my.

2. Jika anda belum pernah mendaftar dengan portal tersebut, buat pendaftaran terlebih dahulu.
  • Cari "Register e-Account" dan tekan butang tersebut;
  • Isi maklumat yang diperlukan “e-Registration Form“, dan tekan submit;
  • Anda akan menerima pesanan “Please login now“


3. Login dengan Nama Pengguna (username) & Kata Laluan (password), jika anda terlupa ia ada dihantar ke email anda.

7. Selepas login, tekan ikon “Search“

8. Sila masukkan nama syarikat yang anda cari (By Name) atau no pendaftaran syarikat dan butiran maklumat akan keluar jika ianya berdaftar dengan SSM, jika tiada maklumat maka itu bermakna syarikat tersebut tidak tersenarai berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Pastikan anda tidak membuat bayaran kepada akaun bank yang mempunyai nama yang berbeza sepertimana yang di iklankan oleh penjual. Jika nama syarikat yang dipaparkan sebagai "ABC Enterprise", nama akaun bank juga perlulah sebagai "ABC Enterprise".

Jika anda ditipu oleh peniaga yang berdaftar dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), login ke akaun SSM anda, beli "Business Profile" SSM yang mengandungi maklumat perniagaan, alamat perniagaan dan juga pemilik perniagaan tersebut. Anda perlu membayar RM13 kepada SSM untuk mendapatkan maklumat tersebut.

Selepas itu, buat laporan polis bersama-sama maklumat tersebut.