Ahad, 9 Februari 2014

Duit Syiling Pertabalan Yang Di Pertuan Agong XII

Pada 25 April 2002, Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan tiga jenis duit syiling peringatan sempena pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XII, Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail. Duit Syiling Pertabalan Yang Di Pertuan Agong XII ini dikeluarkan didalam tiga jenis; Duit Syiling Peringatan 1 Ringgit Kupro-Nikel - kilatan istimewa, Duit Syiling 10 Ringgit Perak (peruf) & Duit Syiling 100 Ringgit Emas (peruf). Kesemua duit syiling ini adalah adalah sah diperlakukan (legal tender) di Malaysia.

Tuanku Syed Sirajuddin

Pada bahagian hadapan duit syiling ini memaparkan Potret Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, yang ditabalkan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XII, dipaparkan pada bahagian tengah duit syiling. Nama penuh Seri Paduka Baginda tertera pada bahagian lilitan duit syiling.

Agong ke-12

Reka bentuk bahagian belakang duit syiling memaparkan lambang kebesaran diraja. Perkataan "Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XII" dipaparkan pada bahagian atas duit syiling serta nilai muka duit syiling ini dipaparkan pada bahagian bawahnya. Tarikh pertabalan 25 April 2002 diukir dibawah lambang diraja tersebut.


Syiling RM1 Copper-Nikel Pertabalan Yang Di Pertuan Agong XII
1 Ringgit

SPESIFIKASI TEKNIKAL:
Komposisi Logam: Copper-Nickel
Berat: 16.80g
Diameter: 33.70mm
Tempaan: 100,000 keping.
Penempa: Royal Mint of Malaysia, Shah Alam
Nilai muka: RM1
Harga Jualan: RM8
Harga pasaran semasa: (Rujuk:Senarai Harga Malaysia Coin Card )

Syiling RM10 Perak Pruf Pertabalan Yang Di Pertuan Agong XII
10 Ringgit Perak

SPESIFIKASI TEKNIKAL:
Komposisi Logam: 92.5 perak pruf
Berat: 21.70 gram
Diameter: 35.70 mm
Tempaan: 10,000 keping.
Penempa: Royal Mint of Malaysia, Shah Alam
Nilai muka: RM10
Harga Jualan: RM120
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Perak)

Syiling RM100 Emas Pruf Pertabalan Yang Di Pertuan Agong XII
100 Ringgit Emas

SPESIFIKASI TEKNIKAL:
Komposisi Logam: 999.9 emas pruf
Berat: 8.60 gram
Diameter: 22.00mm
Tempaan: 200 keping.
Penempa: Royal Mint of Malaysia, Shah Alam
Nilai muka: RM100
Harga Jualan: RM800
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Emas)


Set Pruf 3 dalam 1:
Mengandungi duit syiling emas, perak dan copper-nickel pruf
Tempaan: 100 set.
Harga Jualan: RM950
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Set 3 dalam 1)

Untuk senarai lengkap Harga duit lama Malaysia (syiling edaran, syiling peringatan dan coincard), anda boleh mencari maklumat mengenainya didalam artikel ini; Senarai lengkap harga syiling edaran & syiling peringatan Malaysia.