Di dalam senarai harga ini, saya masukkan sekali senarai harga untuk duit peringatan 1 ringgit copper-nickel, Duit 1 ringgit Parlimen dan 1 ringgit bunga raya. Harga yang di paparkan di dalam entri ini adalah untuk duit syiling pada kondisi Very Fine sahaja. Untuk Duit 1 ringgit bunga raya, saya syorkan berhati-hati kepada anda kerana ada penjual duit lama yang menjual duit palsu dan ada juga kemungkinan duit 1 ringgit bunga raya anda palsu kerana memang terdapat banyak duit palsu 1 ringgit bunga raya dalam edaran. Sepertimana yang saya perkatakan sebelum ini, jika anda mempunyai duit syiling Parlimen 1 ringgit selain daripada tahun 1971, sila simpan kerana suatu hari nanti ianya akan sukar ditemui kerana mintagenya yang rendah. Pada ketika ini, duit syiling RM1 1982 adalah yang paling menarik harganya berbanding duit syiling seringgit yang lain. Kepada mereka yang mempunyai duit syiling 1 ringgit 1971, jangan bermimpi dengan menjual duit anda sehingga beribu ringgit. Duit itu mempunyai jumlah mintage yang paling banyak di dalam siri duit 1 ringgit parlimen, harganya adalah yang paling rendah dan murah sebenarnya.
Artikel ini ditulis untuk berkongsi nilai duit syiling 1 ringgit Malaysia mengikut tahun kepada mereka yang bukan kolektor. Oleh itu, harga yang saya kongsikan di sini adalah hanya untuk duit yang mempunyai kondisi circulated (telah berada didalam edaran) atau very fine sahaja. Jika anda benar-benar ingin menjadi pengumpul duit lama, perlu sekurang-kurangnya memiliki buku rujukan daripada Steven Tan atau KN Boon. Anda boleh membaca mengenainya di blog saya; Steven Tan 20th edition book atau KN Boon 6th edition book.
Jika anda ingin berkongsi artikel ini diblog atau di Facebook, tolong sertakan link http://www.malaysiancoin.com. Saya benarkan untuk anda copy/paste selagi anda tidak membuang link blog saya. Jangan lupa untuk Facebook Like atau tweet artikel ini.
Senarai Duit peringatan 1 ringgit copper-nickel:
Ulangtahun ke-10 Bank Negara Malaysia 1959-1969 ------->Harga VF=RM18
Penganugerahan Taraf Bandaraya-Kuala Lumpur-1972 ------->Harga VF=RM15
Ulang Tahun ke-25 KWSP-1976 ------->Harga VF=RM15
Rancangan Malaysia Ketiga 1976-1980 ------->Harga VF=RM15
Sukan SEA ke-9 (Sea Games)-1977 ------->Harga VF=RM15
20 tahun merdeka 1957-1977 ------->Harga VF=RM15
100 Tahun Getah Asli 1877-1977 ------->Harga VF=RM15
Ulangtahun ke-20 Bank Negara Malaysia 1959-1979 ------->Harga VF=RM15
Sambutan 15 Abad Hijrah-1401 Hijrah ------->Harga VF=RM16
Rancangan Malaysia Keempat 1981-1985 ------->Harga VF=RM12
25 tahun merdeka 1957-1982 ------->Harga VF=RM12
Ulangtahun ke-35 Persidangan PATA 1986 ------->Harga VF=RM18
Rancangan Malaysia Kelima 1986-1990 ------->Harga VF=RM10
Anda boleh baca cerita penuh mengenai duit syiling ini disini; Duit peringatan 1 ringgit copper-nickel.
Source: http://www.malaysiancoin.com.
Senarai Tahun Keluaran Duit 1 ringgit Parlimen:
1971 ------->Harga VF=RM7
1971(proof) ------->Harga BU=RM3,000.
1980 ------->Harga VF=RM30
1981 ------->Harga VF=RM20
1982 ------->Harga VF=RM70
1984 ------->Harga VF=RM30
1985 ------->Harga VF=RM30
1986 ------->Harga VF=RM40
Anda boleh baca cerita penuh mengenai duit syiling ini disini; Duit syiling 1 ringgit Parlimen.
Source: http://www.malaysiancoin.com.
Senarai Tahun Keluaran Duit 1 ringgit Bunga Raya:
1989 ------->Harga VF=RM5
1990 ------->Harga VF=RM2
1991 ------->Harga VF=RM2
1992 ------->Harga VF=RM2
1993 $1 ------->Harga VF=RM2
1993 1 ringgit ------->Harga VF=RM2
1994 ------->Harga VF=RM5
1995 ------->Harga VF=RM2
1996 ------->Harga VF=RM3
Anda boleh baca cerita penuh mengenai duit syiling ini disini; Duit syiling 1 ringgit Bunga Raya.
Source: http://www.malaysiancoin.com.
Kepada bukan kolektor yang tidak memahami mengenai kondisi duit syiling mereka, bolehlah membaca mengenainya di post saya; coin pictures grading for newbies. FV bermaksud Face Value atau hanya mempunyai harga pasaran pada nilai muka sahaja. Kepada pengumpul duit lama yang merasakan nilai yang saya kongsikan di sini kurang tepat, anda boleh bertanyakan terus di Facebook page saya. Cuma jangan bertanyakan pada saya nilai untuk duit syiling uncirculated dsb. Jika anda serius untuk mengumpul duit lama atau ingin membuat pelaburan didalam duit lama, beli salah satu buku yang saya nyatakan diatas. Anda perlu ada ilmu numismatik jika anda ingin melabur didalam hobi ini.
PS: Komen untuk artikel ini ditutup, sila ke entri lain untuk komen. TQ