Selasa, 10 November 2015

Senarai syiling rekaan Ismail Ibrahim

Sebelum ini saya ada berkongsi mengenai Tuan Ismail Ibrahim, Master Designer semasa era Royal Mint of Malaysia. Didalam artikel tersebut saya ada maklumkan akan berkongsi dengan anda senarai syiling rekaan beliau. Berikut adalah senarai syiling rekaan beliau yang telah dikeluarkan oleh Royal Mint of Malaysia.

Ismail Ibrahim

Senarai syiling rekaan Ismail Ibrahim:

  • 1999-Duit syiling peringatan Emas Millennium tahun 2000
  • 2000-Duit Syiling Peringatan Bandaraya Shah Alam
  • 2001-Medal Pengisytiharan Putrajaya Wilayah Persekutuan
  • 2001-Duit Syiling Peringatan Sukan SEA XXI (Sea Games)
  • 2002-Medallion Peringatan KLIA Express
  • 2002-Medallion Peringatan Persidangan Orkid Sedunia ke-17
  • 2002-Duit Syiling Peringatan Kejohanan Hoki Piala Dunia ke-10
  • 2002-Duit Syiling Peringatan Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XII
  • 2003-Medallion Peringatan A Century of Aviation
  • 2003-Duit Syiling Peringatan Persidangan Ketua Negara Non-Aligned Movement (NAM)
  • 2003-Duit Syiling Peringatan Pameran Langkawi International Maritime & Aerospace (LIMA)
  • 2003-Duit Syiling Peringatan Persidangan ketua-ketua Negara Islam ke-10 (OIC)
  • 2003-Duit Syiling Peringatan Coin In Education (CIE)- Endangered Species-Land Animal series.
  • 2004-Medallion Peringatan Sukan Malaysia (SUKMA)
  • 2005-Duit Syiling Peringatan Mesyuarat Tahunan Ke-30 Islamic Development Bank (IDB)
  • 2005-Duit Syiling Peringatan Sidang Kemuncak ASEAN ke 11
  • 2005-Duit Syiling Peringatan Coin In Education (CIE)- Endangered Species-Bird series.
  • 2006-Duit Syiling Peringatan Ulang tahun ke-50 FELDA
  • 2006-Duit Syiling Peringatan Coin In Education (CIE)- Endangered Species-Marine Animals & Reptiles series.
  • 2006-Duit Syiling Peringatan Jubli Emas Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • 2006-Duit Syiling Peringatan Rancangan Malaysia ke Sembilan (RMK 9)
  • 2007-Duit Syiling Peringatan 200 tahun sambutan penubuhan pasukan polis
  • 2007-Duit Syiling Peringatan Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XIII
  • 2007-Duit Syiling Peringatan 50 tahun merdeka 1957-2007
  • 2007-Medallion Peringatan Mesyuarat Teknikal Kilang Wang ASEAN ke-13 (TEMAN)

Lebih dari 90% Syiling yang dikeluarkan Royal Mint of Malaysia adalah rekaan daripada beliau.

Mengikut Tuan Ismail Ibrahim, ada lagi syiling yang mungkin tidak termasuk didalam senarai ini.

Ismail Royal Mint

Sebelum itu, pada 2 Januari 2002, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah datang ke Royal Mint Malaysia untuk melawat Kilang Wang Negara. Pada waktu itu, pihak Royal Mint ada memberi cadangan awal mengenai Syiling edaran baru. Royal Mint of Malaysia pada ketika itu turut mencadangkan supaya pada setiap 10 tahun, ada syiling peringatan yang dimasukkan didalam edaran duit syiling Malaysia sepertimana yang di adakan di United Kingdom dan negara lain. Rekaan Syiling edaran itu ada disimpan didalam arkib Bank Negara Malaysia.

Gambar duit syiling rekaan Ismail Ibrahim:

Emas Millennium


Shah Alam
Tahun 2000-Bandaraya Shah Alam



Sukan SEA
Tahun 2001-Sukan SEA Ke-21



Hoki Piala Dunia
Tahun 2002-Hoki Piala Dunia ke-10



Agong XII
Tahun 2002-Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-12



Non-Aligned Movement (NAM)
Tahun 2003-Non-Aligned Movement (NAM)



LIMA 03
Tahun 2003-Langkawi International Maritime & Aerospace



oic putrajaya
Tahun 2003-Persidangan ketua-ketua Negara Islam ke-10 (OIC)




Islamic Development Bank (IDB)
Tahun 2005-Persidangan ke-30 IDB



ASEAN Summit
Tahun 2005-Sidang Kemuncak Asean ke 11




FELDA
Tahun 2006-50 tahun FELDA 1956-2006



Universiti Teknologi Mara
Tahun 2006-50 tahun Universiti Teknologi MARA (UiTM)



RMK9
Tahun 2006-Rancangan Malaysia ke-9 (RMK 9)


200 tahun polis
Tahun 2007-200 tahun sambutan penubuhan pasukan Polis



50 Merdeka
2007-50 tahun merdeka 1957-2007