Isnin, 24 Ogos 2020

Logo & Tema Merdeka Malaysia 2020

#MalaysiaPrihatin dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan 2020, bersama logo berbentuk hati dengan warna Jalur Gemilang melambangkan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang 2020 akan diadakan pada 28 Julai 2020 di Putrajaya.

logo Hari Kebangsaan 2020

Kementerian Komunikasi dan Multimedia dalam satu kenyataan, memaklumkan tema dan logo itu diperkenalkan oleh Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah, ketika mengadakan lawatan kerja ke Kuching, Sarawak.

Empat aktiviti utama akan diadakan sempena Bulan Kebangsaan tahun ini. - Aktiviti terbabit ialah Sambutan Ulang Tahun Ke-50 Rukun Negara bermula 9 Julai hingga 16 September, Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang di Putrajaya (28 Julai), Sambutan Hari Kebangsaan di Kuala Lumpur (31 Ogos) dan Sambutan Hari Malaysia di Sibu, Sarawak (16 September). 

Selain itu, pelbagai program serta pertandingan kenegaraan turut diadakan bagi menyemarakkan semangat patriotisme dan cintakan negara, serta memberi peluang penyertaan kepada semua lapisan masyarakat. - Antaranya, Info On Wheels Merdeka (IOW Merdeka), Merdeka@Komuniti, Pertandingan Pidato Kenegaraan, Sayembara Puisi Merdeka, Pertandingan Pengisahan Kenegaraan dan Pertandingan Fotografi KLIK@Merdeka, yang akan bermula 16 Julai hingga 16 September depan.

logo merdeka 2020


RASIONAL LOGO
Logo berbentuk hati dengan warna Jalur Gemilang, melambangkan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

MAKSUD LOGO
Logo berbentuk hati
melambangkan Keprihatinan Kerajaan Malaysia terhadap masyarakat berbilang kaum. 
Warna biru tua 
Kesatuan hati rakyat Malaysia yang berbilang kaum hidup dalam keadaan aman dan harmoni.
Bulan Sabit
Islam adalah agama bagi persekutuan.
Bintang Pecah 14
Perpaduan 13 buah begeri dan kerajaan Persekutuan.
7 Jalur Merah Putih berbentuk hati
Terjalinnya keberanian dan ketersediaan dalam menghadapi segala rintangan dengan keikhlasan dan kesungguhan.
Stigma Bunga Raya
Membawa negara menuju ke mercu kejayaan.
5 titik merah
Sebagai simbolik kepada 5 kelopak bunga raya yang menggambarkan 5 prinsip Rukun Negara yang menjadi kunci perpaduan yang berbilang bangsa.

RASIONAL TEMA
'Malaysia' membawa pengertian seluruh rakyat Malaysia berganding bahu memerangi pandemik COVID-19, sama ada penjawat awam, sektor swasta, sukarelawan mahupun orang perseorangan. "'Prihatin' pula mewakili keprihatinan kerajaan dalam mengutamakan kesejahteraan dan kebajikan rakyat melalui inisiatif Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang merangkumi aspek ekonomi, kebajikan serta kelangsungan hidup rakyat Malaysia,

LAGU RASMI
Lagu tema Hari Kebangsaan 2020 bertajuk 'Malaysia Prihatin'; ciptaan Dato' Mokhzani Ismail dan lirik oleh El Sol Akhmad.

Untuk senarai penuh logo dan tema merdeka daripada tahun 1970 sehingga yang terkini, anda boleh melayari artikel; Koleksi Lengkap Logo & Tema Merdeka.


Sumber: Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia