Jumaat, 12 Ogos 2022

Keluarga Malaysia Teguh Bersama: Lirik & Lagu Hari Kebangsaan 2022

Lagu Keluarga Malaysia Teguh Bersama dipilih sebagai lagu rasmi Hari Kebangsaan 2022. Lagu Keluarga Malaysia Teguh Bersama dicipta oleh Kusham dan liriknya oleh Zaira Sham.

Keluarga Malaysia Teguh Bersama

Keluarga Malaysia Teguh Bersama dipilih sebagai tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 bersama dengan logo berkonsepkan Jalur Liputan Internet yang melambangkan pembangunan infrastruktur, sistem komunikasi serta pendigitalan yang semakin maju dan berkembang untuk kemudahan rakyat.

Keluarga Malaysia Teguh Bersama: Lirik & Lagu Hari Kebangsaan 2022

Setiap jiwa pasti bangga 
Atas nama bangsa Malaysia 
Sekian lama merdeka 
Tertumpahnya cinta 

Usia kita makin dewasa 
Berkali-kali kita diuji 
Kasihnya bangsa dibela 
Maruah dijaga 

Ooooo Laungan kita 
Malaysiaku..tanah airku 
Negaraku.. Malaysiaku.. 
Lihatlah kita..wahai bangsaku 

Semaikan cinta gerak hati pasti murni 
Nyala semangat dipalu 
Kita bagaikan aur dengan tebing 
Keluarga Malaysia teguh bersama 

Lagu : Kusham 
Lirik : Zaira Sham