Selasa, 20 September 2016

Pertandingan rekabentuk syiling 1987

Di dalam artikel kami sebelum ini, kami ada kongsikan maklumat mengenai Pereka duit syiling edaran Malaysia. Kami juga ada menceritakan serba sedikit mengenai Pereka duit syiling Bunga Raya yang memenangi Pertandingan Mereka Bentuk Duit Syiling Kebangsaan yang di anjurkan oleh Bank Negara Malaysia pada tahun 1987.

gambar lama

Pada tahun 1987, orang awam diminta untuk menghantar penyertaan reka bentuk untuk set duit syiling; 1 sen, 5 sen, 10 sen, 20 sen, 50 sen dan 1 ringgit. Reka bentuk duit syiling baru itu akan digunakan untuk mengantikan duit syiling siri Parlimen yang telah digunakan sejak 1967 (20 tahun). Hadiah yang ditawarkan adalah RM10,000 untuk tempat pertama, RM7,000 tempat kedua, RM5,000 tempat ketiga, RM3,000 tempat keempat, RM2,000 tempat kelima dan 5 hadiah saguhati sebanyak RM1,000 seorang.

Pada 25 Jun 1987, Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dato' Jaffar bin Hussein telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang Pertandingan Mereka Bentuk Duit Syiling Kebangsaan 1987.

keratan akhbar

Pemenang pertandingan tersebut di umumkan didalam akhbar New Straits Times bertarikh 26 Jun 1987:
  1. Tempat pertama: Low Yee Kheng (30, Jalan 3F/149, Zone F, Seri Petaling, 57000 Kuala Lumpur).
  2. Tempat kedua: Wong Choi King (101, Taman Tg Malim, Jalan Ketoyong, Tanjung Malim, 35900 Perak).
  3. Tempat ketiga: Saifuddin bin Haji Abu Bakar (Jabatan Rekabentuk, Utusan Melayu (M) Bhd. P.O Box 24, Batu 9, Cheras, 43200 Selangor).
  4. Tempat keempat: Chiew Chak Nam (Malaysian Institute of Art, Kuala Lumpur).
  5. Tempat kelima: Leong Guan Yeu (Malaysian Institute of Art, Kuala Lumpur).
      Hadiah saguhati:
    • Lee Sin Bee (19, Jalan Mesul, Kuala Lumpur).
    • Llasmi Abdullah (2960, Jalan Tok Semian, Kota Baru, 15300 Kelantan).
    • Thean Wooi Hoe (167B, Jalan Aminuddin Baki, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur).
    • Thien Chee Kiong (Malaysian Institute of Art, Kuala Lumpur).
    • Jimmy Teh Ah Meng (55B, Jalan Bunga Tanjung 8B, Taman Saraya, Cheras, Kuala Lumpur).

Jika ada di antara anda yang mengenali para pemenang pertandingan tersebut, mungkin boleh bantu kami untuk menghubungi mereka, jika mereka sudi untuk berkongsi rekabentuk yang mereka menangi didalam pertandingan tersebut.

Low Yee Kheng

Carian lanjut kami mengenai pemenang/pereka duit syiling bunga raya, beliau sekarang bekerja sebagai pensyarah di Impiana International College, Ampang Point, Lorong Mamanda 2, Taman Dato Ahmad Razali, 68000 Ampang, Selangor. Betulkan kami jika maklumat yang kami paparkan ini adalah silap dan gambar beliau yang kami paparkan ini adalah sebagaimana yang ada dipaparkan oleh Impiana International College.

Mungkin bagi sesetengah orang, ini hanya pertandingan rekabentuk yang tidak mempunyai makna apa-apa. Bagi komuniti numismatik, ini adalah sejarah negara, berapa ramai daripada rakyat Malaysia yang berpeluang untuk membuat rekabentuk duit syiling edaran Malaysia?

Kami masih mencari, siapakah yang mereka duit syiling siri ke-3. Jika anda ada maklumat, sila hubungi kami untuk kami kongsikan maklumat tersebut kepada semua.

Sila berikan pendapat anda atau kongsikan maklumat yang boleh kami kongsikan dengan komuniti numismatik Malaysia.