Rabu, 26 Julai 2017

Logo & Tema Merdeka Malaysia 2017

Tema ‘Negaraku #SehatiSejiwa telah dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan 2017. Ini di umumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2017 di Putrajaya pada 20 Julai 2017.

Logo Merdeka 2017

Tema tersebut dipilih bertujuan untuk menunjukkan betapa pentingnya rakyat Malaysia mempunyai semangat berbilang kaum dan bersatu padu.

Menurut Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak, "Kita mahu memberi penekanan kepada rakyat Malaysia mengenai bukan mudahnya untuk mencapai kemerdekaan dan kita perlu pastikan semangat bersatu padu dan muafakat terus dicapai bagi memastikan negara lebih gemilang."

"Kita harus berkorban untuk negara walaupun terdapat perbezaan pandangan politik dan pendekatan, namun soal negara, kita harus bersatu padu agar Malaysia terus mengecapi kejayaan dan kemajuan,"

Katanya, sambutan Hari Kebangsaan kali ini bakal menampilkan kelainan dengan menghidupkan semula sambutan Hari Kemerdekaan pada 1957.

“Sambutan Kemerdekaan kali ini akan diadakan di Dataran Merdeka namun, kita akan membawa konsep Stadium Merdeka di situ untuk mengembalikan semula nostalgia sambutan kemerdekaan pada 1957. Malah, setiap susun atur kedudukan juga akan dibuat sama seperti di stadium termasuk skrin gergasi yang akan diletakkan disekeliling Dataran Merdeka sepanjang 200 meter,” katanya.

12 acara utama dilaksanakan sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2017:
  • Merdeka@Komuniti (April-Oktober 2017) diseluruh negara
  • NBOS@Merdeka (sepanjang bulan Ogos) diseluruh negara
  • Pelancaran Negaraku Sehati Sejiwa (Tarikh akan dimaklumkan) di Batu Pahat, Johor
  • Kayuhan Merdeka (6 Ogos) Di Dataran DBKL, Kuala Lumpur
  • Doa Untuk Malaysia (12 Ogos) di Dataran Putra, Presint 1, Putrajaya
  • Merdeka My Buddies Run (20 Ogos) di MAEPS, Serdang, Selangor
  • Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyampaikan Amanat Merdeka pada 4 petang di Angkasapuri, Kuala Lumpur pada 30 Ogos.
  • Sambutan Ambang Merdeka di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 30 Ogos. Sambutan Ambang Merdeka tahun ini terdapat sedikit perbezaan, ia akan diadakan selepas majlis penutupan Sukan SEA.
  • Sambutan Hari Kebangsaan 2017 akan diadakan di Dataran Merdeka pada 31 Ogos
  • Merdeka Quran Hour (31 Ogos) di Dataran Merdeka
  • Karnival Hari Malaysia (15-17 Sept)
  • Hari Malaysia di Kota Kinabalu pada 16 Sept.

logo merdeka


RASIONAL LOGO
Logo ini mengambarkan....

MAKSUD LOGO


RASIONAL TEMA
NEGARAKU SEHATI SEJIWA yang berlandaskan perpaduan dan kesepakatan (unity) ini akan menjadi pengerak kepada agenda memperkasakan integrasi nasional dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat dan kaum di Malaysia. Konsep yang diadun dan direka dengan teliti berasaskan 'keharmonian dalam kepelbagaian' ini akan menyemarakkan semangat patriotisme serta memperluas dan memperkukuh semangat kekitaan, kebersamaan, saling memahami dan hormat menghormati dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan budaya.

LAGU RASMI
Lagu Malaysia Sehati Sejiwa sekali lagi dijadikan sebagai lagu rasmi untuk sambutan Merdeka 2017. Lagu tersebut dipilih buat pertama kalinya sebagai Lagu Tema Merdeka tahun 2015. Lagu asal dinyanyikan oleh Alif Satar (choir & penyanyi latar: Gemersik Chorus), lirik lagunya ditulis oleh Siso Kopratasa & Muhammad Yuri Edris manakala Lagunya dicipta oleh Muhammad Yuri Edris. Untuk tahun 2017, lagu ini dinyanyikan oleh Syamel & Ernie Zakry dengan penyanyi latar oleh Republik Malai.

Lagu ini menampilkan sedikit kelainan apabila di bahagian chorusnya dinyanyikan didalam bahasa Iban dan Kadazan.

Anda boleh mendapatkan lirik dan lagu tersebut didalam artikel kami sebelum ini; #SehatiSejiwa Lirik & Lagu Merdeka.




Untuk senarai penuh logo dan tema merdeka daripada tahun 1970 sehingga yang terkini, anda boleh melayari artikel saya; Koleksi Lengkap Logo & Tema Merdeka.