Sabtu, 21 April 2012

5 sen siri kedua

Pada bahagian belakang denominasi 5 sen siri kedua mempunyai bunga kebangsaan, Bunga Raya, di bahagian tengah atas duit syiling dan nilai denominasi di bawah. Perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA" tertulis di sepanjang lilitan atas dengan tahun tempaan duit syiling terbabit. Pada bahagian hadapannya gasing menjadi rekabentuk utama. Permainan Gasing merupakan satu sukan yang menghiburkan di kalangan penduduk pantai timur Semenanjung Malaysia. Ianya popular sewaktu musim padi masak dan dipercayai membawa hasil tuaian yang lumayan. Pertandingan gasing menarik perhatian ramai kerana masing-masing berusaha menewaskan antara satu sama lain.

5 sen

Malaysia 5 sen

gasing

Spesifikasi Teknikal:
Nilai muka: 5 sen.
Diameter: 16.25 mm.
Berat: 1.41 gm.
Ketebalan: 1.04 mm.
Komposisi: Cu: 75, Ni: 25.
The Edge: Milled.
Mint: Kilang Wang, Shah Alam.


Gambar Duit Syiling Malaysia Siri kedua-5sen:
duit malaysia

syiling

duit 5 sen

malaysia

Tahun dikeluarkan:
1989 -20,484,310 pcs.
1990 -58,909,374 pcs.
1991 -46,091,897 pcs.
1992 -67,843,674 pcs.
1993 -70,703,173 pcs.
1994 -83,026,018 pcs.
1995 -53,069,018 pcs.
1996 -51,812,529 pcs.
1997 -7,703,850 pcs.
1998 - 1,293,910,233 pcs.
1999 - 79,224,000 pcs.
2000 - 61,198,528 pcs.
2001 - 94,617,472 pcs.
2002 - 85,316,000 pcs.
2003 - 75,690,000 pcs.
2004 - 11,520,000 pcs.
2005 - 119,520,000 pcs.
2006 - 87,120,000 pcs.
2007 - 97,200,338 pcs.
2008 - 91,440,000 pcs.
2009 - 125,172,842 pcs.
2010 hingga 2011 -tiada data.

Tahun tiada keluaran:
tiada.