Selasa, 24 Julai 2012

55 tahun Merdeka-Janji ditepati?

Sudahkah anda melihat logo terbaru Merdeka yang saya kongsi di Laman Facebook saya baru-baru ini? Logo untuk 55 tahun Merdeka dengan motto "Janji ditepati" itu ada kemungkinan untuk digunakan di dalam duit syiling kenangan 55 tahun merdeka pada 31 Ogos ini. Saya bukan ahli politik atau ahli kepada mana-mana pertubuhan politik di negara ini. Walaupun dulu saya ada belajar mengenai politik tetapi saya tak berminat kerana saya tahu politik macam mana sekalipun apabila sampai masanya kita kena bermain kotor. Tapi yang saya tidak faham, kenapakah logo Merdeka untuk tahun ini terang-terangan bermotifkan politik. Adakah kerana pilihanraya semakin dekat? Sewajarnya, motto "Janji ditepati" itu tidak digunakan di dalam logo Hari Kebangsaan. Motto hari kebangsaan sepatutnya melambangkan hala tuju negara pada tahun tersebut. Selain itu, logo hari kemerdekaan pada kali ini juga adalah yang paling buruk didalam sejarah logo Merdeka. Kelihatan logo untuk tahun ini seperti di "copy-paste" saja.

55 tahun merdeka

Ini logo yang pernah digunapakai untuk menyambut Merdeka sebelum ini:

Ini keterangan menganai logo Merdeka ke 55 tahun:
Saya masih ingat, ketika saya masih belajar, ada pertandingan membuat logo kemerdekaan di adakan untuk orang awam dan juga murid sekolah. Rasanya, ia sudah lama tidak dilaksanakan. Pada saya, itu lebih baik untuk meningkatkan semangat patriotik di kalangan masyarakat dan juga pelajar. Logo 55 tahun Merdeka ini kelihatan seperti di buat menggunakan template sedia ada di dalam Microsoft Word. Namun, tidak pernah lagi ada logo yang berterabur seperti ini di dalam sejarah kemerdekaan negara. Terasa macam "Back to the Future" pulak. Cuma masalahnya kita balik kepada zaman belakang sedangkan kita sepatutnya ke hadapan.

Jika logo ini digunakan pada syiling kenang-kenangan 55 tahun Merdeka nanti, adakah anda akan membelinya?