Khamis, 12 Ogos 2021

Logo & Tema Merdeka Malaysia 2021

#MalaysiaPrihatin dipilih sekali lagi sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan 2021, bersama logo berbentuk hati dengan warna Jalur Gemilang melambangkan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang 2021 telah diadakan pada 7 Ogos 2021 bermula di Terengganu.

Logo Merdeka 2021


Kementerian Komunikasi dan Multimedia dalam satu kenyataan, memaklumkan tema dan logo itu diperkenalkan oleh Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah, ketika mengadakan lawatan kerja ke Kuching, Sarawak pada 10 Julai 2020.

Sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini akan terus disemarakkan lagi dengan pelbagai program kenegaraan serta pertandingan yang menarik untuk disertai oleh rakyat Malaysia secara maya bagi menyerlahkan bakat, kreativiti dan jati diri terutamanya generasi muda. Maklumat lanjut boleh dilayari di Portal Merdeka360.

Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin didalam ucapannya sempena Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang 2021 berharap agar seluruh rakyat Malaysia, daripada penjawat awam di Kementerian dan Agensi, warga sektor swasta dan sesiapa juga akan menyahut seruan Kerajaan dengan mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh penuh rasa bangga, tertib dan rasa hormat.

Beliau juga berharap kita semua mengibarkan Jalur Gemilang di kediaman ataupun kenderaan masing-masing. Marilah kita bersama-sama melakukannya demi menzahirkan rasa cinta terhadap negara, diiringi doa dan harapan agar negara akan segera pulih dari wabak COVID-19, dan kita dapat kembali kehidupan normal dan mengecapi kemakmuran bersama.

logo merdeka 2020


RASIONAL LOGO
Logo berbentuk hati dengan warna Jalur Gemilang, melambangkan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

MAKSUD LOGO
Logo berbentuk hati
melambangkan Keprihatinan Kerajaan Malaysia terhadap masyarakat berbilang kaum. 
Warna biru tua 
Kesatuan hati rakyat Malaysia yang berbilang kaum hidup dalam keadaan aman dan harmoni.
Bulan Sabit
Islam adalah agama bagi persekutuan.
Bintang Pecah 14
Perpaduan 13 buah begeri dan kerajaan Persekutuan.
7 Jalur Merah Putih berbentuk hati
Terjalinnya keberanian dan ketersediaan dalam menghadapi segala rintangan dengan keikhlasan dan kesungguhan.
Stigma Bunga Raya
Membawa negara menuju ke mercu kejayaan.
5 titik merah
Sebagai simbolik kepada 5 kelopak bunga raya yang menggambarkan 5 prinsip Rukun Negara yang menjadi kunci perpaduan yang berbilang bangsa.

RASIONAL TEMA
'Malaysia' membawa pengertian seluruh rakyat Malaysia berganding bahu memerangi pandemik COVID-19, sama ada penjawat awam, sektor swasta, sukarelawan mahupun orang perseorangan. "'Prihatin' pula mewakili keprihatinan kerajaan dalam mengutamakan kesejahteraan dan kebajikan rakyat melalui inisiatif Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang merangkumi aspek ekonomi, kebajikan serta kelangsungan hidup rakyat Malaysia,

LAGU RASMI
Lagu tema Hari Kebangsaan 2021 bertajuk 'Malaysia Prihatin'; ciptaan Dato' Mokhzani Ismail dan lirik oleh El Sol Akhmad.

Untuk senarai penuh logo dan tema merdeka daripada tahun 1970 sehingga yang terkini, anda boleh melayari artikel; Koleksi Lengkap Logo & Tema Merdeka.


Sumber: Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia