Khamis, 30 April 2020

Duit syiling 1 ringgit Bunga Raya

Maklumat mengenai duit syiling 1 Ringgit Bunga Raya yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Duit syiling ini dikeluarkan bermula daripada tahun 1989 sehingga 1996. Pada 7 Disember 2005, syiling ini ditarik edarannya oleh BNM dan tidak sah lagi menjadi duit syiling Malaysia.

Duit syiling Bunga Raya mula diperkenalkan ke dalam edaran pada 4 September 1989 dengan tradisi Malaysia sebagai ciri-ciri reka bentuk/tema. Pada awal edaran syiling Ringgit ini, simbol "$" digunakan sebagai simbol denominasi. Namun, pada 14 November 1993, ianya digantikan dengan simbol "RINGGIT".


Pada bahagian belakang nilai denominasi $1 di bahagian bawah dengan bunga kebangsaan, Bunga Raya, di bahagian tengah atas duit syiling. Perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA" tertulis di sepanjang lilitan atas dengan tahun tempaan duit syiling terbabit di antara nilai denominasi.

1 Ringgit

Pada Bahagian hadapannya tertera ukiran keris sebagai motif utama dengan rekabentuk latar belakang bermotifkan tenunan Songket.

Keris merupakan sejenis senjata tradisional Melayu yang melambangkan kekuasaan dan kekuatan. Ianya merupakan salah satu lambang utama dalam pentadbiran diraja di Malaysia. Dahulu ianya merupakan senjata, kini keris digunakan dalam istiadat tertentu dan ianya juga merupakan satu hasil karya seni.

Spesifikasi Teknikal:
Nilai muka: 1 ringgit.
Diameter: 24.50 mm.
Berat: 9.30 gm.
Ketebalan: 2.60 mm.
Komposisi: Cu: 84, Zn: 12, Sn: 4.
The Edge: Milled.
Mint: Kilang Wang, Shah Alam.


SENARAI DUIT SYILING 1 RINGGIT BUNGA RAYA:

Tahun Keluaran Mintage (pcs)
1989 20,409,995
1990 80,101,998
1991 169,000,868
1992 139,041,750
1993 178,893,810 ($1 & 1 ringgit)
1994 36,899,026
1995 132,172,580
1996 59,460,000

Tahun tiada keluaran:
Di berhentikan pengeluaran pada tahun 1996 dan tidak sah edaran selepas 7 Disember 2005.

Untuk mengetahui nilai dan harga duit syiling ini, anda bolehlah membacanya di dalam artikel; Nilai duit syiling 1 Ringgit mengikut tahun