Memaparkan catatan dengan label Medalion. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Medalion. Papar semua catatan

Rabu, 19 Disember 2018

Medalion Pameran 100 Tahun Hadiah Nobel 2004

Medalion Peringatan Pameran 100 Tahun Hadiah Nobel dikeluarkan bersempena dengan Pameran Seratus Tahun Hadiah Nobel yang telah di adakan di Pusat Sains Negara, Kuala Kumour selama 99 hari pada 20 Mac hingga 27 Jun 2004. Ianya dianjurkan oleh Akademi Sains Malaysia (ASM)-sebuah badan yang berfungsi untuk menggalak dan merangsang pembangunan bidang sains.

Pameran yang diadakan di Pusat Sains Negara itu bertemakan Budaya Kreativiti: Individu dan Persekitaran. Pameran tersebut mempunyai signifikan dengan hasrat Malaysia untuk melahirkan seorang penerima Hadiah Nobel pada 2020.

Selain ASM, turut menjadi penganjur ialah Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (MOSTE) dan Pusat Sains Negara manakala Yayasan Nobel dan Muzium Nobel menjadi penganjur bersama.

Pameran Hadiah Nobel

Muka depan medallion memaparkan corak burung merpati yang dibuat dari titik-titik sebagai motif utama dengan perkataan "THE NOBEL PRIZE CENTENNIAL EXHIBITION", "Kuala Lumpur" dan "Malaysia 2004".

Nobel coin

Muka belakangnya memaparkan peta Malaysia, gambar bangunan KLCC, Menara Kuala Lumpur dan Pusat Sains Negara dengan tema "Cultures of Creativity: Individuals and Millieus" disekeliling medallion.

Medallion Peringatan ini ditempa oleh Royal Mint Malaysia.

Medallion Pameran 100 Tahun Hadiah Nobel 2004
Hadiah Nobel

coin hadiah nobel


Spesifikasi Teknikal:
Jenis: Emas Nordic
Logam: Cu89 Zn5 Al5 Sn1
Tahun keluaran: 2004
Kuantiti Tempaan (mintage): Tidak diketahui
Garis Pusat (mm): 30
Berat(g): 9.16
Tebal (mm): 2.00
Harga Jualan Rasmi: ??
Harga Pasaran semasa: (Untuk harga terkini, rujuk: Senarai Harga Medal Peringatan Malaysia )

Malaysia adalah antara 10 negara di dunia yang terpilih menganjurkan pameran tersebut yang memaparkan kejayaan 747 penerima Hadiah Nobel. Kejayaan tersebut dipersembahkan dalam bentuk filem video dan pameran statik yang kesemuanya dibawa dalam tujuh kontena.

Anugerah itu telah diberi kepada seramai 747 penerima (sehingga 2002) dalam enam kategori iaitu fizik, kimia, perubatan atau fisiologi, kesusasteraan, keamanan dan ekonomi. Setiap penerima diberi AS$1 juta (RM3.8 juta) oleh yayasan nobel yang menganjurkan anugerah tersebut.

Malaysia adalah negara yang ketiga di Asia menganjurkan Pameran Seratus Tahun Hadiah Nobel selepas Jepun dan Korea Selatan dan yang pertama di Asia Tenggara menganjurkan pameran tersebut. Selain Kuala Lumpur, pameran tersebut juga di adakan di Stockholm, New York, Tokyo, Paris, Vienna, Chicago, Houston, Bangalore, Seoul dan Beunos Aires.

Pameran Seratus Tahun Hadiah Nobel bermula sejak tahun 2002 dan berakhir pada 2006 dengan setiap tahun, pameran berlangsung di dua negara. Pameran ini adalah menyerupai yang dibuat di Stockholm, Sweden.

Read More

Ahad, 18 November 2018

Medalion 58 tahun International Stamp Coin Sdn Bhd

Medalion Peringatan 58 tahun International Stamp Coin Sdn Bhd dikeluarkan sebanyak 500 keping bersempena dengan ulang tahun ke-58 International Stamp Coin Sdn. Bhd., syarikat yang mula-mula menjalankan perniagaan numismatik di Malaysia. Kepada anda yang tidak tahu, syarikat tersebut dimiliki oleh Master Sifu Steven Tan yang memulakan perniagaan pada tahun 1960.

International Stamp Coin Sdn Bhd

Muka depan medallion memaparkan logo rasmi International Stamp Coin Sdn. Bhd. serta nombor siri medallion dan singkatan 'ISC' merujuk kepada International Stamp Coin Sdn. Bhd.

58 tahun

Muka belakang memaparkan perkataan 58 years dikelilingi bunga padi serta tulisan ditepi; 1960-2018, 999 SILVER, 1/10 oz dan ANNIVERSARY. (Maaf, gambar medallion didalam plastik).

Steven Tan


Spesifikasi Teknikal:
Logam: 999 Silver
Tahun keluaran: 2018
Kuantiti Tempaan (mintage): 500 keping
Garis Pusat (mm): 25
Berat: 1/10 oz
Harga Jualan: RM50
Harga Pasaran semasa: (Untuk harga terkini, rujuk: Senarai Harga Medal Peringatan Malaysia )

Tidak dapat dipastikan siapakah pengeluar medallion ini tetapi daripada cara persembahan kad, rasanya ramai yang sudah boleh meneka syarikat siapakah yang mengeluarkan medallion ini.

Anda boleh membeli medallion ini dikedai Master Sifu Steven Tan, International Stamp Coin Sdn. Bhd.
Read More

Isnin, 16 April 2018

Medalion 30 Tahun Defence Services Asia (DSA) 2018

Medalion Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2018 atau lebih dikenali sebagai Defence Services Asia (DSA) 2018 ini dikeluarkan bersempena dengan 30 tahun DSA. DSA bermula pada tahun 1988 dan disertai oleh 394 buah syarikat dengan kawasan pameran seluas 6,000 meter persegi.

Defence Services Asia (DSA) 2018

Muka hadapan medallion ini memaparkan Logo DSA2018, dengan tulisan "16th DEFENCES SERVICES ASIA, EXHIBITION & CONFERENCE, SINCE 1988, 16-19 APRIL 2018, MITEC, KUALA LUMPUR, MALAYSIA".

30 years dsa

Muka belakangnya memaparkan Nombor 30 dengan perkataan "YEARS IN THE DEFENCE SHOW BUSINESS 1988-2018" ditengah-tengah nombor 0.

Medallion 30 tahun DSA ini dijual oleh Institut Onn Ja’afar (IOJ), sebuah pertubuhan sukarela yang berpangkalan di Ara Damansara Petaling Jaya, Malaysia. IOJ membantu golongan miskin serta golongan lemah dan berusaha memberikan bantuan sementara dari penderitaan dan bantuan material.

Institut Onn Ja’afar

Anda boleh membeli Medallion 30 tahun DSA ini di Booth Institut Onn Ja’afar (IOJ) berdekatan dengan pintu masuk Pameran di tingkat 1. Ianya dijual pada harga RM50 sekeping, tiada maklumat mengenai jumlah keluaran medallion ini. Sebahagian daripada hasil jualan ini akan digunakan untuk kerja-kerja sukarela IOJ.

IOJ

Tiada Sijil Pengesahan (COA) disertakan bersama medallion ini. Hanya kotak hitam baldu yang didalamnya tertulis "Celebrating 30 Years of Global Defence Friendships".

sukarelawan IOJ

Terdapat juga sukarelawan IOJ yang berjalan disekitar pameran DSA 2018 berlangsung dengan membawa medallion ini untuk dijual.

DSA kali ke-16 ini menyaksikan lebih kurang 1,500 syarikat daripada 60 negara mempamerkan teknologi tentera terkini di kawasan pameran seluas 43,000 meter persegi di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).
Read More

Isnin, 30 Oktober 2017

Medalion Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim, Sultan Johor

Medalion Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim, Sultan Johor dikeluarkan bersempena dengan peristiwa bersejarah pemahkotaan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar pada 23 Mac 2015 di Istana Besar Johor. Medallion ini ditempa oleh Kilang Wang, Bank Negara Malaysia.

Sultan Ibrahim coin

Bahagian hadapan duit syiling tersebut memaparkan potret Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Al Mutawakkil Alallahi Shah. Ianya dikelilingi dengan tulisan jawi yang bermaksud "Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar".

jata johor

Bahagian belakang syiling pula memaparkan jata negeri Johor Darul Ta'zim. Ianya dikelilingi dengan tulisan jawi yang bermaksud "Daulat Tuanku" disebelah atas dan tarikh pemahkotaan Sultan Johor "23 Mac 2015".

Jata negeri Johor Darul Ta'zim
Mahkota tanda kedaulatan Duli Yang Maha Mulia Sultan. Empat bintang di sudut perisai putih itu menandakan empat jajahan asal negeri iaitu Johor Bahru, Muar, Batu Pahat dan Endau. Sementara bintang dan anak bulan di tengah pula melambangkan agama Islam. Dua ekor harimau melambangkan keberanian dan kekuatan. Lukisan yang berbunga-bunga disebelah bawah perisai maksudnya gambir dan lada hitam, dua jenis hasil utama yang asal bagi negeri ini. Cogan bagi negeri Johor dalam tulisan Jawi adalah “Kepada Allah Berserah”.



Medallion Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim
syiling johor

Spesifikasi Teknikal:
Jenis: Emas Nordic
Logam: Cu89 Zn5 Al5 Sn1
Tahun keluaran: 2015
Kuantiti Tempaan (mintage): Tidak diketahui
Garis Pusat (mm): 30
Berat(g): 8.50
Tebal (mm): 1.80
Harga Jualan Rasmi: ??
Harga Pasaran semasa: (Untuk harga terkini, rujuk: Senarai Harga Medal Peringatan Malaysia )

Kad Medallion ini dikatakan dijual kepada rakyat Johor di Galeri Cenderamata yang dibuka di Dataran Bandaraya Johor Bahru dan ada juga yang mengatakan ianya dijual di Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri. Kebanyakkan penjual tidak mahu berkongsi maklumat tempat jualan, jika anda ada maklumat yang tepat mohon maklumkan kepada kami.

syiling Sultan Ibrahim

Maklumat dari rakan blogger syilingperingatan, ada juga syiling ini yang dijual didalam kotak hitam seperti kotak syiling peringatan untuk tahun 2015 tetapi tidak dapat dipastikan syiling yang ada itu adalah syiling peruf atau bukan. Dari gambar yang dipaparkan didalam blog tersebut, ianya kelihatan seakan syiling peruf dan ianya adalah medallion Emas Nordic.
Read More

Selasa, 7 Februari 2017

Medalion Pengisytiharan Putrajaya Wilayah Persekutuan

Medalion peringatan ini diterbitkan sempena dengan Pengisytiharan Putrajaya sebagai Wilayah Persekutuan yang di isytiharkan pada 1 Februari 2001. Kad Medal peringatan Malaysia ini dikeluarkan oleh The Royal Mint of Malaysia.

Perdana Putra

Muka hadapannya memaparkan bangunan Perdana Putra (bangunan Jabatan Perdana Menteri) dengan perkataan "SEMPENA WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA" mengelilingi bangunan tersebut.

Masjid Putra

Bahagian belakangnya memaparkan Masjid Putra dengan bendera wilayah persekutuan dibelakangnya dan juga tarikh "1 FEBRUARI 2001". Roman pillar di kiri dan kanan Masjid Putra menunjukkan ciri-ciri rekabentuk parsi dan rome yang digunakan untuk mereka bangunan tersebut.

Setakat rekod yang ditemui, ianya hanya dikeluarkan didalam dua variety, kad berwarna biru dan juga kad berwarna coklat, kedua-dua medallion yang terdapat didalam kad tersebut mempunyai rekabentuk yang sama.

Coincard biru putrajaya

Coincard coklat putrajaya

Medal peringatan ini diperbuat daripada Copper Nickel (75% Copper 25% Nickel) dengan rekabentuk dihasilkan oleh Tuan Ismail Ibrahim. Ia mempunyai diameter 33.7mm serta berat 16.8g.

Tidak ada maklumat berkenaan dengan jumlah mintage/pengeluarannya. Coincard berwarna biru agak jarang kelihatan di pasaran berbanding dengan coincard berwarna coklat.

Spesifikasi Teknikal:
Jenis: Copper Nickel
Logam: 75% Copper 25% Nickel
Kuantiti Tempaan (mintage):  tak tahu
Garis Pusat (mm): 33.7
Berat(g): 16.8
Tebal (mm): 2.6
Harga Pasaran semasa: (Untuk harga terkini, rujuk: Senarai Harga Medal Peringatan Malaysia )


Pada 1 Februari 2001, Pengisytiharan Putrajaya sebagai Wilayah Persekutuan disempurnakan oleh Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad di Dataran Perdana. Dr. Mahathir yang diiringi oleh timbalannya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Menteri Besar Selangor Datuk Dr. Mohamad Khir Toyo kemudiannya menandatangani plak perisytiharan Putrajaya sebagai Wilayah Persekutuan.

Perdana Menteri turut menyerahkan bendera Putrajaya kepada Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Azizan Zainul Abidin. Perbadanan Putrajaya diberi tanggungjawab membangun, mengurus dan mentadbir kawasan Putrajaya yang berkeluasan 4,581 hektar bagi pihak kerajaan Persekutuan. Pusat Pentadbiran Putrajaya yang terletak 25 kilometer ke selatan Kuala Lumpur dan 25 kilometer ke utara dari Lapangan terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang dibina berasaskan konsep mesra alam, mesra manusia dan melambangkan hubungan manusia dengan pencipta-Nya.

Bandaraya yang berkonsepkan Bandaraya Dalam Taman ini dinamakan sebagai Putrajaya bagi mengabadi jasa dan pengorbanan Perdana Menteri Pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Bapa Kemerdekaan dan Bapa Malaysia.
Read More

Jumaat, 9 September 2016

Medalion Mawi - Asmawi Ani 2006

Anugerah Khas medallion Mawi atau atau nama sebenarnya Asmawi Ani telah dilancarkan pada 7 Ogos 2006 oleh Royal Mint Malaysia, Maestro Talents Berhad dan Metro Music Entreprise sebagai menghargai pencapaian luar biasanya dalam bidang seni suara.

medallion mawi

Majlis penyerahan anugerah itu diadakan di Stadium Putra di Bukit Jalil, semasa konsert Mawi sedang berlangsung, dengan anugerah disampaikan oleh Menteri Penerangan Datuk Zainuddin Maidin, disaksikan kira-kira 3,000 peminat Mawi membanjiri konsert itu.

Medallion tersebut dijual pada harga RM19.90 tiap sekeping dan pada awal pelancarannya dijangka dijual pada bulan September 2006. Medallion tersebut didatangkan bersama video cakera padat yang mengandungi sebuah lagu patriotik berjudul "Di Kembara Warisan Janji Kita" yang dinyanyikan oleh Mawi, gambar-gambar ekslusif Mawi termasuklah gambar lawatan beliau ke Royal Mint Malaysia dan senaskhah buku mini biografi kejayaan penyanyi itu.

syiling Mawi

Muka Hadapan medallion tersebut memaparkan wajah Mawi dengan perkataan "BINTANG PALING POPULAR", "2005-2006" dibahagian atas serta tulisan "MALAYSIA" dibahagian bawah.

Muka belakang medallion tersebut memaparkan tandatangan Asmawi Ani dengan perkataan "WARISAN BERWAWASAN" disebelah atas dan "ASMAWI ANI", "MAWI WORLD" dibahagian bawah.

Pengarah promosi Metro Music Enterprise, Mas Omar berkata anugerah itu adalah sebagai tanda sokongan kepada Mawi, atau nama sebenarnya Asmawi Ani, yang popular dengan lagu "Aduh Saliha", sempena genap setahun penglibatannya dalam bidang itu.

Walau bagaimanapun, medallion tersebut hanya mula dijual pada 28 Mei 2007 atas alasan Mawi mempunyai jadual yang ketat, agak sukar untuk Royal Mint mendapatkan beliau dan Royal Mint terpaksa menukar gambar Mawi sebelum dicetak. Medalion serta VCD itu dipasarkan di setiap kedai muzik serta Mawi World Sdn Bhd.

Medallion Mawi - Asmawi Ani 2006

Spesifikasi Teknikal:
Jenis: Emas Nordic
Logam: Cu89 Zn5 Al5 Sn1
Kuantiti Tempaan (mintage): 20,000
Garis Pusat (mm): 20
Berat(g): 9.16
Tebal (mm): 2.0
Harga Jualan semasa Jualan: RM29.90 di Semenanjung dan RM32.90 di Sabah & Sarawak.
Harga Pasaran semasa: (Untuk harga terkini, rujuk: Senarai Harga Medal Peringatan Malaysia )


Read More

Khamis, 18 Februari 2016

Medalion peringatan 100 years of Aviation 2003

Medal Peringatan Seabad penerbangan (A Century of Aviation) ini dikeluarkan bersempena dengan 100 tahun sejarah penerbangan yang bermula pada 13 Disember 1903. Kad Medal peringatan Malaysia ini dikeluarkan oleh The Royal Mint of Malaysia.

Medal peringatan ini diperbuat daripada Copper Nickel (75% Copper 25% Nickel) dengan rekabentuk dihasilkan oleh Tuan Ismail Ibrahim. Ia mempunyai diameter 33.7mm serta berat 16.8g.

century of aviation

Kad Medal peringatan ini agak menggunakan gambar kapal terbang yang pertama "Wright Flyer" atau dikenali juga sebagai "Flyer I" atau "1903 Flyer".

Setakat ini, tidak ada direkodkan jumlah Kad Medal Peringatan (mintage) yang dikeluarkan oleh The Royal Mint of Malaysia untuk acara ini. Selain itu, tidak ada juga direkodkan tarikh sebenar syiling ini dikeluarkan oleh The Royal Mint of Malaysia.

wright brothers

Medal ini memaparkan potrait Wright bersaudara (Orville dan Wilbur Wright) sebagai rekabentuk utama dengan Wright Flyer terbang dibelakang mereka. Terdapat tulisan "100 YEARS OF AVIATION" disebelah kiri serta "WRIGHT BROTHERS" disebelah atas.

century aviation

Sebahagian lagi medal tersebut memaparkan Space Shuttle dengan imej bulan di bahagian atas serta planet Saturn di bahagian bawah serta tahun "1903-2003".

Tidak pasti kenapakah Space Shuttle dipilih sebagai motif utama medal ini tetapi pendapat peribadi ianya adalah kerana pada 1 Februari 2003 berlaku tragedi Space Shuttle Columbia yang membunuh kesemua 7 orang anak kapal tersebut.

Menurut pereka Medal ini, Tuan Ismail Ibrahim:
"Pemilihan space shuttle adalah bertepatan dengan konsep evolution of aviation. Obverse menunjukkan pencapaian manusia dalam 1st aviation dan reverse pula menunjukkan tahap termoden dalan kemajuan aviation manusia. Itu yang saya cuba gambarkan pada dasarnya. pemahaman setiap individu boleh diguna pakai kerana ianya subjektif."


Spesifikasi Teknikal:
Jenis: Copper Nickel
Logam: 75% Copper 25% Nickel
Kuantiti Tempaan (mintage):  tak tahu
Garis Pusat (mm): 33.7
Berat(g): 16.8
Tebal (mm): 2.6
Harga Pasaran semasa: (Untuk harga terkini, rujuk: Senarai Harga Medal Peringatan Malaysia )


Wright bersaudara, Orville (August 19, 1871 – January 30, 1948) dan Wilbur (April 16, 1867 – May 30, 1912) telah berjaya mereka dan membina kapal terbang pertama yang berjaya terbang di dunia dengan kelajuan 10.9 km sejam, pada ketinggian 37 meter, selama 12 saat sahaja.

Pada awalnya, kapal terbang hanya digunakan didalam peperangan semasa perang dunia pertama dan perang dunia kedua. Apabila Perang dunia kedua telah tamat, kapal terbang mula digunakan sebagai pengangkutan awam komersial.

Pada awal abad ke-21, kapal terbang tanpa pemandu unmanned aerial vehicles (UAVs) mula digunakan untuk kerja-kerja ketenteraan. Pada April 2001, Global Hawk UAVs terbang daripada Amerika ke Australia tanpa henti dan tanpa di isi minyak, perjalanan itu mengambil masa 23 jam 23 minit, rekod penerbangan paling lama untuk UAV.
Read More

Selasa, 16 Februari 2016

Kad Medalion Peringatan SUKMA ke-10

Sukan Malaysia (SUKMA) ke-10 di adakan daripada 28 Mei sehingga 6 Jun 2004 di Negeri Sembilan. Kad Medal Peringatan SUKMA ke-10 ditempa oleh The Royal Mint of Malaysia untuk memperingati Kejohanan sukan dwi tahunan tersebut.

sukma x 2004

Medal peringatan ini diperbuat daripada Copper Nickel (75% Copper 25% Nickel) dengan rekabentuk dihasilkan oleh Tuan Ismail Ibrahim. Ia mempunyai diameter 33.7mm serta berat 16.8g. Kad Medal peringatan ini agak memanjang berbanding dengan kad syiling yang pernah dikeluarkan oleh The Royal Mint of Malaysia. Setakat ini, tidak ada direkodkan jumlah Kad Medal Peringatan (mintage) yang dikeluarkan oleh The Royal Mint of Malaysia untuk acara ini.


Rekabentuk Medalnya memaparkan gambar api pada obor serta logo SUKMA 2004 dengan perkataan "NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS" pada sebelah atas rekabentuk medal tersebut.


Sebahagian lagi rekabentuknya memaparkan peserta SUKMA sedang memulakan pecutan lariannya dengan 10 bintang mengelilingi pelari tersebut. Di bahagian atas tertera perkataan "SUKMA MALAYSIA KE-10" serta "28 MEI-6 JUN 2004" di bahagian bawah.

Spesifikasi Teknikal:
Jenis: Copper Nickel
Logam: 75% Copper 25% Nickel
Kuantiti Tempaan (mintage):  tak tahu
Garis Pusat (mm): 33.7
Berat(g): 16.8
Harga Pasaran semasa: (Untuk harga terkini, rujuk: Senarai Harga Medal Peringatan Malaysia )

Selain Kad Medal Peringatan, terdapat juga Set Medal Peruf perak serta copper nickel.


Sukan Malaysia (SUKMA) adalah kejohanan Mini Sukan Olimpik yang melibatkan atlet remaja (had umur tidak melebihi 21 tahun). Kejohanan ini diadakan berselang-seli dengan Sukan SEA. Ia di adakan bertujuan untuk mencungkil bakat atlet muda di peringkat negeri dan daerah supaya dapat dilatih untuk mewakili negara di peringkat lebih tinggi.

Penyertaannya peringkat awal dibuka untuk peserta berumur 21 tahun ke bawah, bagi atlet-atlet yang tidak berada di dalam Program Jaya ’98 (iaitu program penyediaan atlet untuk Sukan Komanwel 1998) manakala atlet-atlet di dalam Program Jaya ’98 tiada had umur dikenakan.

Kejohanan pertama di adakan pada tahun 1986 di Kuala Lumpur.

Temasya SUKMA X Negeri Sembilan dibuka dengan rasminya oleh Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman dalam suasana penuh meriah dengan penampilan kebudayaan negeri Adat Perpatih di Stadium Tuanku Abdul Rahman (STAR), Paroi, Seremban.

Kejohanan SUKMA ke-10 adalah penyertaan pertama Negeri Sembilan sebagai tuan rumah SUKMA.

Moto Kejohanan SUKMA ke-10 di Seremban Negeri Sembilan: Sukan Cemerlang Negara Terbilang (Glory in sports, Glory in nation).

Maskot: Sang Rusa.

Ianya melibatkan 14 pasukan negeri termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan, Polis serta negara jemputan Brunei.

Juara keseluruhan dimenangi oleh Selangor dengan 56 Pingat emas, Sarawak 52 pingat emas serta Perak dengan 47 Pingat Emas.

Atlit lelaki terbaik kejohanan dimenangi oleh atlit renang Daniel Bego dari Sarawak. Beliau memenangi 7 pingat emas; 50m, 100m, 200m, 400m gaya bebas, 50m rama-rama, 200m rampaian individu dan 4x100m rampaian. Beliau turut memecahkan rekod kejohanan 50m rama-rama.

Atlit wanita terbaik kejohanan turut dimenangi oleh atlit renang, Cindy Ong dari Perak. Cindy mengumpul enam pingat emas serta memecahkan lima rekod Kebangsaan. Cindy memecahkan rekod kebangsaan untuk acara 100m gaya bebas, 100m rama-rama, 50m kuak dada, 50m gaya bebas dan 50m rama-rama. Beliau turut memperbaharui rekod berusia 17 tahun, Nurul Huda Abdullah untuk 100m gaya bebas.
Read More

Ahad, 31 Januari 2016

Senarai Lengkap harga Medalion card Malaysia

Medal peringatan biasanya dikeluarkan untuk memperingati sesuatu peristiwa, tidak mempunyai nilai yang diperakukan sah oleh kerajaan serta tidak mempunyai nilai denominasi dicatatkan pada permukaan syiling tersebut.

Malaysia mempunyai banyak Medal yang dikeluarkan oleh syarikat swasta untuk memperingati peristiwa dan juga menghargai jasa kakitangan mereka. Medallion juga adalah salah satu daripada cabang numismatik. Namun, tidak ramai daripada para collector yang mengumpul medal sebagai koleksi mereka.

Medallion Card

Berikut adalah senarai harga Medallion card atau Kad Medal Peringatan Malaysia. Senarai ini adalah berdasarkan Tinjauan Harga Pasaran di sekitar Lembah Klang pada bulan Januari 2016.

Harga Kad Medal Peringatan Malaysia:

MEDAL   TAHUN     HARGA
Bandaraya Kuala Lumpur 1972      ????       RM120
Pengistiyaran Putrajaya Wilayah Persekutuan (2 versi)      2001       RM90
Pelancaran KLIA Express (2 versi:Official /Non Official)      2002       RM150
Persidangan Anggerik Sedunia Ke-17 (6 design)      2002       RM650
Chinese New Year (Horse)      2002       RM80
Chinese New Year (Goat)      2003       RM30
Kemahkotaan DYMM Sultan Selangor      2003       RM100
46th Merdeka      2003       RM50
100th years of Aviation      2003       RM70
Malaysia Noble Prize      2003       RM50
SUKMA X 2004      2004       RM130
48th Merdeka      2005       RM40
9th FESPIC Games      2006       RM80
Mawi - Asmawi Ani      2006       RM150
FEI World Cup Final Jumping      2006       RM80
Visit Malaysia      2007       RM80
Lencana Pasukan Polis (14 design)      2007       RM1200
50 Merdeka (Tumasek Pewter)      2007       RM110
50 Merdeka (Airasia)      2007       RM90
Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim Sultan Johor      2015       RM50

*Harga ini adalah harga pasaran, bukannya harga tawaran kami untuk membeli medal peringatan anda.

**Untuk harga coin card, anda boleh membuat rujukan didalam artikel sebelum ini; Harga Coin Card Malaysia 2016.
Read More

Rabu, 27 Januari 2016

Syiling Medallion, trend hangat 2016?

Jika tahun lepas, musim orang membeli kupon getah serta bermacam jenis kupon yang pernah digunakan sebelum negara kita Merdeka. Tahun ini, sudah ramai yang mula beralih kepada Medallion. Tak kiralah apa jenis medallion, semua harga dah naik agak tinggi berbanding tahun lepas.

Medal 2016

Dari khabar angin yang kami dengar, kebanyakkan daripada mereka yang beralih kepada syiling medallion ini adalah collector wang kertas dan juga syiling grading (PCGS, NGC, PMG etc) yang ingin mencuba sesuatu yang baru.

Kepada anda yang tidak tahu, wang kertas dan syiling grading mengalami fenomena kejatuhan nilai pasaran akibat banyak faktor sejak tahun 2014, antaranya adalah gred yang lebih tinggi mula dikeluarkan oleh syarikat pengred (PCGS, NGC, PMG etc) untuk wang kertas dan syiling Malaysia.

Apa sahaja medallion yang mempunyai gred yang tinggi akan menjadi sasaran mereka.

Kami hanya menyedari akan trend ini apabila ingin mencari kad medallion yang masih tidak ada didalam koleksi. Itu pun setelah diberitahu oleh Sifu Dickson Niew.

Kupon getah buat masa sekarang mempunyai nilai pasaran yang agak tinggi. Ini tidak memungkinkan mereka yang kebanyakkannya pada pendapat kami adalah investor untuk menyimpan "stock" pelaburan mereka.

Ada medallion coin card yang mana 2 tahun lalu berharga RM30 sahaja, sudah mula berharga hampir mencecah RM100. Namun, medallion coin card tersebut masih boleh di dapati dari kebanyakkan dealer di Lembah Klang, barang banyak tapi harga mencanak naik.

Kami tidak pasti berapa ramai collector medallion di Malaysia. Rekod katalog lengkap mengenai medallion yang pernah dikeluarkan didalam Malaysia juga tidak pernah dibuat oleh sesiapa (betulkan jika silap). Rasanya syiling medallion lebih banyak dikeluarkan kerana syarikat swasta turut membuat medallion mereka berbanding dengan syiling peringatan yang hanya dikeluarkan oleh BNM (betulkan jika silap).

Ini mungkin berita gembira buat collector serta investor medallion.

Namun, bagi kami yang hanya ingin mengumpul medallion coin card untuk artikel sebelum ini, Senarai syiling rekaan Ismail Ibrahim. Kami terpaksa beralih kepada koleksi yang mempunyai harga pasaran didalam lingkungan bajet kami.

Apa pendapat anda, adakah benar Syiling Medallion, trend hangat 2016?

Read More