Isnin, 16 April 2018

Medalion 30 Tahun Defence Services Asia (DSA) 2018

Medalion Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2018 atau lebih dikenali sebagai Defence Services Asia (DSA) 2018 ini dikeluarkan bersempena dengan 30 tahun DSA. DSA bermula pada tahun 1988 dan disertai oleh 394 buah syarikat dengan kawasan pameran seluas 6,000 meter persegi.

Defence Services Asia (DSA) 2018

Muka hadapan medallion ini memaparkan Logo DSA2018, dengan tulisan "16th DEFENCES SERVICES ASIA, EXHIBITION & CONFERENCE, SINCE 1988, 16-19 APRIL 2018, MITEC, KUALA LUMPUR, MALAYSIA".

30 years dsa

Muka belakangnya memaparkan Nombor 30 dengan perkataan "YEARS IN THE DEFENCE SHOW BUSINESS 1988-2018" ditengah-tengah nombor 0.

Medallion 30 tahun DSA ini dijual oleh Institut Onn Ja’afar (IOJ), sebuah pertubuhan sukarela yang berpangkalan di Ara Damansara Petaling Jaya, Malaysia. IOJ membantu golongan miskin serta golongan lemah dan berusaha memberikan bantuan sementara dari penderitaan dan bantuan material.

Institut Onn Ja’afar

Anda boleh membeli Medallion 30 tahun DSA ini di Booth Institut Onn Ja’afar (IOJ) berdekatan dengan pintu masuk Pameran di tingkat 1. Ianya dijual pada harga RM50 sekeping, tiada maklumat mengenai jumlah keluaran medallion ini. Sebahagian daripada hasil jualan ini akan digunakan untuk kerja-kerja sukarela IOJ.

IOJ

Tiada Sijil Pengesahan (COA) disertakan bersama medallion ini. Hanya kotak hitam baldu yang didalamnya tertulis "Celebrating 30 Years of Global Defence Friendships".

sukarelawan IOJ

Terdapat juga sukarelawan IOJ yang berjalan disekitar pameran DSA 2018 berlangsung dengan membawa medallion ini untuk dijual.

DSA kali ke-16 ini menyaksikan lebih kurang 1,500 syarikat daripada 60 negara mempamerkan teknologi tentera terkini di kawasan pameran seluas 43,000 meter persegi di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).