Rabu, 27 Januari 2016

Syiling Medallion, trend hangat 2016?

Jika tahun lepas, musim orang membeli kupon getah serta bermacam jenis kupon yang pernah digunakan sebelum negara kita Merdeka. Tahun ini, sudah ramai yang mula beralih kepada Medallion. Tak kiralah apa jenis medallion, semua harga dah naik agak tinggi berbanding tahun lepas.

Medal 2016

Dari khabar angin yang kami dengar, kebanyakkan daripada mereka yang beralih kepada syiling medallion ini adalah collector wang kertas dan juga syiling grading (PCGS, NGC, PMG etc) yang ingin mencuba sesuatu yang baru.

Kepada anda yang tidak tahu, wang kertas dan syiling grading mengalami fenomena kejatuhan nilai pasaran akibat banyak faktor sejak tahun 2014, antaranya adalah gred yang lebih tinggi mula dikeluarkan oleh syarikat pengred (PCGS, NGC, PMG etc) untuk wang kertas dan syiling Malaysia.

Apa sahaja medallion yang mempunyai gred yang tinggi akan menjadi sasaran mereka.

Kami hanya menyedari akan trend ini apabila ingin mencari kad medallion yang masih tidak ada didalam koleksi. Itu pun setelah diberitahu oleh Sifu Dickson Niew.

Kupon getah buat masa sekarang mempunyai nilai pasaran yang agak tinggi. Ini tidak memungkinkan mereka yang kebanyakkannya pada pendapat kami adalah investor untuk menyimpan "stock" pelaburan mereka.

Ada medallion coin card yang mana 2 tahun lalu berharga RM30 sahaja, sudah mula berharga hampir mencecah RM100. Namun, medallion coin card tersebut masih boleh di dapati dari kebanyakkan dealer di Lembah Klang, barang banyak tapi harga mencanak naik.

Kami tidak pasti berapa ramai collector medallion di Malaysia. Rekod katalog lengkap mengenai medallion yang pernah dikeluarkan didalam Malaysia juga tidak pernah dibuat oleh sesiapa (betulkan jika silap). Rasanya syiling medallion lebih banyak dikeluarkan kerana syarikat swasta turut membuat medallion mereka berbanding dengan syiling peringatan yang hanya dikeluarkan oleh BNM (betulkan jika silap).

Ini mungkin berita gembira buat collector serta investor medallion.

Namun, bagi kami yang hanya ingin mengumpul medallion coin card untuk artikel sebelum ini, Senarai syiling rekaan Ismail Ibrahim. Kami terpaksa beralih kepada koleksi yang mempunyai harga pasaran didalam lingkungan bajet kami.

Apa pendapat anda, adakah benar Syiling Medallion, trend hangat 2016?