Jumaat, 9 September 2016

Medalion Mawi - Asmawi Ani 2006

Anugerah Khas medallion Mawi atau atau nama sebenarnya Asmawi Ani telah dilancarkan pada 7 Ogos 2006 oleh Royal Mint Malaysia, Maestro Talents Berhad dan Metro Music Entreprise sebagai menghargai pencapaian luar biasanya dalam bidang seni suara.

medallion mawi

Majlis penyerahan anugerah itu diadakan di Stadium Putra di Bukit Jalil, semasa konsert Mawi sedang berlangsung, dengan anugerah disampaikan oleh Menteri Penerangan Datuk Zainuddin Maidin, disaksikan kira-kira 3,000 peminat Mawi membanjiri konsert itu.

Medallion tersebut dijual pada harga RM19.90 tiap sekeping dan pada awal pelancarannya dijangka dijual pada bulan September 2006. Medallion tersebut didatangkan bersama video cakera padat yang mengandungi sebuah lagu patriotik berjudul "Di Kembara Warisan Janji Kita" yang dinyanyikan oleh Mawi, gambar-gambar ekslusif Mawi termasuklah gambar lawatan beliau ke Royal Mint Malaysia dan senaskhah buku mini biografi kejayaan penyanyi itu.

syiling Mawi

Muka Hadapan medallion tersebut memaparkan wajah Mawi dengan perkataan "BINTANG PALING POPULAR", "2005-2006" dibahagian atas serta tulisan "MALAYSIA" dibahagian bawah.

Muka belakang medallion tersebut memaparkan tandatangan Asmawi Ani dengan perkataan "WARISAN BERWAWASAN" disebelah atas dan "ASMAWI ANI", "MAWI WORLD" dibahagian bawah.

Pengarah promosi Metro Music Enterprise, Mas Omar berkata anugerah itu adalah sebagai tanda sokongan kepada Mawi, atau nama sebenarnya Asmawi Ani, yang popular dengan lagu "Aduh Saliha", sempena genap setahun penglibatannya dalam bidang itu.

Walau bagaimanapun, medallion tersebut hanya mula dijual pada 28 Mei 2007 atas alasan Mawi mempunyai jadual yang ketat, agak sukar untuk Royal Mint mendapatkan beliau dan Royal Mint terpaksa menukar gambar Mawi sebelum dicetak. Medalion serta VCD itu dipasarkan di setiap kedai muzik serta Mawi World Sdn Bhd.

Medallion Mawi - Asmawi Ani 2006

Spesifikasi Teknikal:
Jenis: Emas Nordic
Logam: Cu89 Zn5 Al5 Sn1
Kuantiti Tempaan (mintage): 20,000
Garis Pusat (mm): 20
Berat(g): 9.16
Tebal (mm): 2.0
Harga Jualan semasa Jualan: RM29.90 di Semenanjung dan RM32.90 di Sabah & Sarawak.
Harga Pasaran semasa: (Untuk harga terkini, rujuk: Senarai Harga Medal Peringatan Malaysia )