Isnin, 2 Januari 2017

Pereka Syiling Peringatan BNM 2016

Untuk rekod, kami senaraikan nama serta gambar pereka dan pemenang pertandingan rekabentuk syiling untuk tahun 2016, ini termasuklah duit syiling peringatan FELCRA yang baru sahaja dikeluarkan pada 21 Disember yang baru lalu. Kesemua maklumat ini tidak ada direkodkan didalam sijil pengesahan ketulenan (certificates of authenticity) syiling terbabit.

pereka syiling

Tahun 2016 menyaksikan Bank Negara Malaysia (BNM) membuka Pertandingan Merekabentuk duit syiling peringatan kepada pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi di negara ini.

Pada pendapat kami, pengiktirafan siapa pereka duit syiling itu penting kerana setiap rekaan mempunyai trademark perekanya yang tersendiri. Sejak dulu, syiling peringatan BNM tidak ada maklumat berkenaan pereka syiling tersebut. Kami berharap, suatu hari nanti akan ada perubahan dibuat, dimana setiap sijil pengesahan ketulenan syiling tersebut disertakan dengan nama perekanya.


Syiling Kejohanan Ping Pong Berpasukan Dunia 2016
Untuk Syiling Kejohanan Ping Pong Berpasukan Dunia 2016, tidak ada maklumat yang diperolehi siapakah perekanya. Jika anda ada maklumat, tidak kiralah secara rasmi atau tidak rasmi, mohon kongsikan dengan kami untuk direkodkan didalam artikel ini. Syiling ini dilancarkan pada 28 Februari 2016 dan dikeluarkan dalam tiga jenis logam; nordic emas, perak berwarna dan juga copper.


Syiling Peringatan Ulang Tahun RTM ke-70
Syiling Peringatan Ulang Tahun RTM ke-70 dilancarkan pada 16 April 2016 dan dikeluarkan dalam dua jenis logam; nordic emas dan perak berwarna. Syiling ini adalah rekaan Tuan Mohd Ubaidillah Daud sepertimana yang disiarkan didalam rancangan Selamat Pagi Malaysia, RTM pada 17 April 2016.

Ubaidillah Daud

Anda boleh lihat cerita penuh mengenai syiling ini di Youtube:



Syiling Peringatan 50 tahun Yayasan Sabah
Syiling Peringatan 50 tahun Yayasan Sabah dilancarkan pada 9 Mei 2016 dan dikeluarkan dalam dua jenis logam; nordic emas dan perak berwarna. Pemenang pertandingan rekaan duit syiling tersebut dimenangi oleh En. Muhammad Fikri bin Abd Aziz daripada Universiti Sultan Zainal Abidin.

Pereka duit syiling

Syiling Peringatan 100 tahun Persatuan Pandu Puteri Malaysia
Syiling 100 tahun Persatuan Pandu Puteri Malaysia dilancarkan pada 9 Mei 2016 dan dikeluarkan dalam dua jenis logam; nordic emas dan perak berwarna. Pemenang pertandingan rekaan duit syiling tersebut dimenangi oleh En. Mohammad Haniff bin Halim daripada Universiti Sultan Zainal Abidin.


Syiling Peringatan 50 tahun FELCRA
Syiling Peringatan 50 tahun FELCRA dilancarkan pada 21 Disember 2016 dan dikeluarkan dalam dua jenis logam; nordic emas dan perak berwarna. Pemenang pertandingan rekaan duit syiling tersebut dimenangi oleh Cik Yong Wen Xia daripada Universiti Lim Kok Wing.

Yong Wen Xia


Sumber: