Khamis, 5 Januari 2017

Rekaan terbaru Ismail Ibrahim Royal Mint of Malaysia

Ramai collector yang pastinya sudah kenal dan berjumpa dengan Tuan Ismail Ibrahim, Master Designer untuk syiling Malaysia semasa era Royal Mint of Malaysia. Baru-baru ini beliau ada menghubungi pihak kami bercerita mengenai rekaan medallion terbarunya, Medallion Harimau Mint edisi ke-3.


Penerangan:

OBVERSE
Memaparkan imej kepala harimau merenung peluang ke pasaran global.imej globe simbolik kepada pasaran dunia HMG.
REVERSE
Memaparkan imej jalur gemilang simbolik kepada ketuanan HMG dengan visi menembusi pasaran global.


Medallion emas tersebut telah dilancarkan pada 3 Januari 2017 dan akan mula dijual kepada pembeli pada 4 Januari.

Bercakap mengenai rekaan terbarunya itu, Tuan Ismail berkata,"Keseluruhan design adalah ringkas dan straightforward. Sesuai dengan visi HMG untuk pasaran antarabangsa.. Thickness dan ruang yang terhad sesuai diisi dengan design yang ringkas bagi menampakkan kualiti 'proof' pada medallion tersebut."

Tuan Ismail memberitahu, beliau masih lagi berminat dengan rekaan syiling numismatik dan cuba pelbagai cara untuk kembali didalam arena rekaan koleksi numismatik tanahair.

Suatu hari, beliau terbaca cerita mengenai Harimau Mint Gold yang mengeluarkan medallion berbentuk syiling emas. Akibat daripada usaha untuk kembali menyumbangkan rekaan syiling peringatan Bank Negara Malaysia menemui jalan buntu dan keinginan untuk menyumbangkan pengalaman yg ada, beliau menghubungi pihak pengurusan Harimau Mint Gold.

Pengarah Urusan Harimau Mint Gold yang juga seorang peminat syiling emas bersetuju untuk bertemu dengan Tuan Ismail. Perancangan asalnya beliau akan dilantik sebagai perunding teknikal sahaja. Namun, pada penghujung tahun 2016,Harimau Mint Gold membuat perancangan untuk menukar rekabentuk medallion mereka. Beliau diminta membuat cadangan rekabentuk medallion Harimau Mint Gold yang baru, dengan harapan kepakaran yang ada padanya dapat membawa HMG pergi jauh sehingga ke peringkat global.

Tuan Ismail kemudiannya mencadangkan dua rekabentuk yang kemudiannya dibawa ke mesyuarat pemilihan rekabentuk oleh ahli Lembaga Pengarah Harimau Mint Gold dan rekabentuk ini kemudiannya dipilih.

Mengenai isu bendera yang lebih kurang sama dengan syiling 50 tahun Malaysia, beliau memberitahu,"Gambar jalur gelimang yang terbaik adalah posisi itu. Kami telah banyak gunakan semasa di mariwasa dulu pun..cuma yang ni saya crop bagi cantik sikit."

"Saya juga terpaksa membuat rekaan yang simple kerana ruang dan thickness yang terhad untuk medallion tersebut. Hanya ada ketebalan 0.40mm saja, saiz diameter hanya 16mm sahaja. Tidak boleh buat relief tinggi. Selain hanya menggunakan mesin CNC sahaja."

Semoga suatu hari nanti, Tuan Ismail Ibrahim dapat berkongsi dengan kita semua rekaan syiling peringatan BNM pula dimasa hadapan. Untuk rakan-rakan yang rindukan rekaan syiling beliau, boleh cuba cari Medallion Harimau Mint ini.