Selasa, 29 Disember 2015

Sasana Kijang beli duit lama, betul atau auta?

Di sosial media Facebook, ramai "Pakar numismatik" yang memberi nasihat mengenai duit lama. Beberapa hari lepas saya terbaca status yang dikongsi oleh seorang "Pakar numismatik" mengenai duit lama yang boleh dijual secara terus di bangunan Bank Negara Malaysia, jalan Dato' Onn, Kuala Lumpur.

Sasana Kijang

Pakar itu kata, bukan Bank Negara yang beli tetapi Muzium Negara yang berpejabat di Bangunan Bank Negara. Harga mengikut tahun dan keaslian mata wang anda.

Maka ramailah yang bertanya mengenai syiling 50 sen terbelah, 20 sen 1988, 5 sen 1997 dan pelbagai lagi syiling yang dikatakan boleh mendapat harga tinggi.

Mungkin tidak tahan dengan soalan bertalu-talu yang ditanya oleh rakan-rakan beliau, "Pakar numismatik" tersebut memberikan alamat berikut:

Muzium dan Galeri Seni
Bank Negara Malaysia
Tingkat 1 & 3
Sasana Kijang
No. 2, Jalan Dato’ Onn
50480 Kuala Lumpur
Tel : 03 9179 2888
Faks : 03 9179 2161

Saya tidak tahu pula Sasana Kijang itu di bawah Muzium Negara, mati-mati saya ingatkan selama ini Galeri Numismatik di Sasana Kijang itu milik Bank Negara Malaysia.

Saya bukanlah pakar numismatik dan pergi ke Sasana Kijang tu pun hanya setahun 2 kali, itupun sebab nak tengok syiling lama.

Sejak bila pula Sasana Kijang membeli duit syiling Malaysia yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia berjuta-juta keping?

Bukankah lebih baik jika mereka ambik sahaja terus dari Bank Negara Malaysia? Takkan nak minta sekeping dua dari Bank Negara Malaysia pun tak boleh?

Tak perlu nak bayar duit kepada orang ramai nak beli, membazirkan duit kerajaan sahaja.

Semasa saya melawat tempat itu pun, saya tak pernah pula melihat sebarang logo Jabatan Muzium Malaysia dipamerkan di Sasana Kijang. Asyik-asyik logo Kijang berwarna biru sahaja.

Bersangka baik, mungkin "Pakar numismatik" tersebut telah berjaya menjual duit syiling miliknya kepada Sasana Kijang.

Muzium Sasana Kijang beli duit syiling Malaysia, betul atau auta?

Entahlah, saya bukan pakar tapi bagi saya secara logiknya, jika mereka yang keluarkan buat apa nak beli balik?

Pendapat anda?