Rabu, 30 Disember 2015

Top 10 Topik Terhangat Numismatik Malaysia 2015

Tahun 2015 semakin hampir melabuhkan tirainya, tinggal hanya beberapa jam sahaja lagi kita akan melangkah ke tahun 2016. Tahun 2015 menyaksikan pelbagai berita numismatik Malaysia dipaparkan didalam blog ini. Berikut adalah Imbasan Top 10 Topik Terhangat cerita serta berita numismatik Malaysia sepanjang tahun 2015.

topik hangat

Topik terhangat ini adalah berdasarkan kepada jumlah pembaca yang membaca berita yang dikongsikan tersebut.

10. Scam Beli Duit Lama dari Luar Negara
Ramai penjual duit lama di laman web mudah.my yang dihubungi oleh pembeli dari luar negara yang hampir kesemuanya datang daripada nombor antarabangsa +234 yang berasal daripada Nigeria. Pada pendapat kami, ada baiknya juga perkara ini berlaku, kebanyakkan penjual duit lama ini jual koleksi numismatik biasa pada harga yang luar biasa melampau harga jualannya. Anda boleh baca cerita lanjut di artikel: Scam beli Duit Lama dari Luar Negara.


9. Syiling edaran 2015 diedarkan lewat dari biasa?
Ramai daripada pengumpul duit lama yang mengatakan syiling edaran untuk tahun 2015 lewat di perolehi oleh mereka terutamanya untuk syiling 50 sen. Ada yang hanya mula mendapat syiling 50 sen 2015 pada bulan Julai. Anda boleh baca cerita lanjut di artikel: Anda dah dapat syiling edaran 2015?


8. Set 3 dalam 1 WWF 1976 dilelong RM37ribu.
Set syiling 1976 peruf WWF 1976 tersebut mengandungi 3 keping syiling; syiling peringatan emas 500 Ringgit Peruf Cipan/ Tapir, syiling peringatan perak 25 Ringgit Peruf Enggang dan syiling peringatan perak 15 Ringgit Peruf Seladang. Kesemua syiling itu di gred PF69 Ultra Cameo oleh Numismatic Guaranty Corporation (NGC). Acara lelongan tersebut di adakan hari ini (18 April) oleh Collectibles Auction Asia (CAA) di Hotel Landmark Village, Singapura. Anda boleh baca cerita lanjut di artikel: Set syiling 1976 peruf dilelong RM37240


7. Jualan Syiling Peringatan Masjid Negara kurang sambutan?
Seperti Jualan Syiling Peringatan ASEAN, Syiling Peringatan Sambutan Jubli Emas Masjid Negara kurang mendapat sambutan dari pembeli duit syiling peringatan. Kebanyakkan pusat jualan Bank Negara tidak dipenuhi pembeli, nak borong berapa banyak pun boleh. Anda boleh baca cerita lanjut di artikel: Syiling Masjid Negara kurang sambutan?


6. Wang Kertas RM2 berwarna hijau di lelong SPINK
Wang kertas Color Trial yang ditandatangani oleh Allahyarham Ali Abul Hassan tersebut dilelong oleh SPINK di Singapura pada 16 Ogos 2015. SPINK telah mengumpulkan koleksi numismatik terbaik yang kebanyakkannya amat jarang dapat dilihat oleh para collector untuk acara lelongan yang di adakan sempena Pameran Setem Antarabangsa 2015 di Singapura. Anda boleh baca cerita lanjut di artikel: Green RM2 Ali Abul banknote in Spink Auction.


5. Wang Kertas RM1000 ZZ0000002 terjual RM231,800
Wang kertas gantian RM1000 Siri ke-6 bernombor siri ZZ0000002 yang ditandatangani oleh Gabenor Bank Negara Jaffar Hussein telah berjaya dilelong pada harga RM231,800 di Petaling Jaya. Ianya dilelong oleh Trigometric Sdn Bhd semasa acara lelongan kedua mereka di Hotel Hilton Petaling Jaya pada 18 Oktober. Anda boleh baca cerita lanjut di artikel: 1000 Ringgit ZZ0000002 sold RM231,800.


4. Ismail Ibrahim, Royal Mint Malaysia
Tahun ini, pengumpul duit lama bertuah kerana Ketua Pereka semasa era Royal Mint Malaysia, Tuan Ismail Ibrahim sudi untuk menampilkan dirinya kepada khalayak numismatik. Beberapa pertemuan dengan beliau membantu merungkai beberapa persoalan mengenai syiling Royal Mint Malaysia. Semoga akan lebih banyak lagi yang boleh dikongsi untuk tahun 2016. Anda boleh baca cerita lanjut di artikel: Ismail Ibrahim, Master Designer Royal Mint of Malaysia.


3. Syiling peringatan dikenakan GST
Buat pertama kalinya, syiling peringatan yang dijual oleh Bank Negara Malaysia dikenakan Cukai GST semasa jualan Syiling peringatan ASEAN 2015. Ini sedikit sebanyak mengurangkan pembeli duit syiling peringatan kerana adalah lebih baik untuk mereka membeli syiling bullion luar negara yang tidak dikenakan GST. Anda boleh baca cerita lanjut di artikel: Syiling peringatan dikenakan GST


2. ZZ0000001 RM1000 siri ke 5 dilelong RM322,000
Sekeping wang kertas gantian 1000 Ringgit Siri ke-5 dengan nombor siri rendah ZZ0000001 bertandatangan Gabenor Bank Negara Aziz Taha berjaya dilelong pada harga RM322,000. Wang kertas tersebut dilelong semasa acara lelongan pertama anjuran Trigometric Sdn Bhd di Hotel Hilton Petaling Jaya pada 15 Mac 2015. Anda boleh baca cerita lanjut di artikel:1000 Ringgit sold RM322000 in auction.


1. Syiling Malaysia 1966 dilelong RM743,731 di Singapura
Pada 3 Oktober 2015, Set Syiling pattern Malaysia 1966 yang dilelong oleh Collectibles Auction Asia (CAA) di Singapura berjaya terjual pada harga SG$210,000. Jumlah keseluruhan termasuk premium pembeli sebanyak 15% adalah SGD241,500 atau RM743,731. Pada 23 Jun 2014, Astro ada menyiarkan dokumentari mengenai duit syiling pattern Malaysia ini yang memaparkan sedikit sedutan Perasmian Pameran Rekabentuk Syiling Baru Malaysia 1966 yang dibuat oleh Menteri Kewangan pada ketika itu, Tun Tan Siew Sin. Anda boleh baca cerita lanjut di artikel: Syiling Malaysia 1966 dilelong RM743,731 di Singapura.


Terima kasih kepada pembaca setia blog Malaysiancoin.com dan juga kepada rakan-rakan yang sudi untuk berkongsi cerita, pengalaman serta panduan untuk dikongsikan didalam blog ini sepanjang tahun 2015. Harapan kami, untuk tahun 2016 akan ada lebih banyak lagi berita-berita numismatik menarik dapat dikongsikan kepada anda semua.

Jumpa lagi di Tahun hadapan, Selamat Tahun Baru 2016.