Rabu, 14 Oktober 2015

Kecoh tawaran RM12000 untuk 5 sen 1997

Sekarang macam-macam berita penipuan mengenai harga duit syiling dilakukan oleh blogger Malaysia yang tidak bertanggungjawab; 20 sen 1988 berharga RM38,000, 50 sen 1967 berharga RM27,000 dan yang terbaru 5 sen 1997 berharga RM12,000.

Sejak semalam, ramai coin dealer dan juga collector yang dihubungi oleh golongan mat jenin yang teruja boleh dapat durian runtuh RM12,000 jual syiling 5 sen 1997 sekeping.

5 sen 1997

Semua iklan membeli duit lama palsu ini disebarkan oleh mereka semata-mata untuk mendapatkan like Facebook page dan juga visitor ke blog masing-masing. Blog-blog sebegini pada kebiasaannya dipenuhi dengan pelbagai iklan yang memaksa anda untuk klik iklan tersebut sebelum anda boleh membaca apa yang mereka kongsi didalam artikel tersebut. Artikel mereka pula adalah artikel copypaste, adakalanya tidak berkaitan pun dengan tajuk.

Untuk mereka yang malas mencari ilmu, malas membaca, jerat yang dipasang oleh penipu-penipu ini pastinya akan mengena.

Untuk bukan collector mungkin ini berita gembira, peluang nak jadi orang kaya segera. Maka mulalah mencuba nasib bertanya dengan collector dan coin dealer yang mereka boleh hubungi.

Syiling 5 sen 1997 tu ada lebih kurang 7,703,850 keping dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia.

Carilah maklumat, bacalah buku, kalau takde buku buatlah carian di Google mintage duit syiling 5 sen bunga raya.

7juta keping tu sikit ke? Sampai collector nak beli RM12,000 sekeping? Lepas tu nak beli 500 keping pulak tu? Nak kata anda semua ni "species Bodoh Bangang" karang terasa hati pulak tapi memang bodoh bangang pun. Tak boleh berfikir secara logik ke? 500 keping darab dengan RM12,000 tu berapa? Banyak duit mak bapak blogger tu nak beli syiling mahal-mahal macam tu. Mungkin ada penderma dari Arab yang suruh beli, ye tak?

Hahahahaha.... Orang Malaysia ni kalau tengok jer offer gila-gila macam tu mulalah teruja. Lepas tu kena tipu sampai berjuta-juta Ringgit pun tak kisah sebab ada peluang nak dapat derma RM2.6 billion.

Peliknya.., kenapa tak tanya terus dengan orang yang offer tu? Kenapa perlu telefon, email dan pm di Facebook orang lain?

Orang yang offer tu tak jawab?

Jadi, orang lain perlu beli syiling korang tu RM12,000?

Hahahahahaha....

Lawaklah korang ni, akal letak dilutut, malas membaca tapi nak jadi orang kaya segera.

Siapa yang termakan cili? Sila komen sikit. Hahahahaha....