Ahad, 27 Disember 2015

Cuti Umum & Cuti Sekolah Malaysia 2016

Pada tahun 2016, ramai rakyat Malaysia yang akan tersenyum apabila melihat kalendar dan senarai cuti umum (hari kelepasan am) Malaysia 2016. Kebanyakan cuti utama seperti Hari Raya Cina, Hari Raya Aidilfitri serta Hari Raya Aidiladha jatuh pada hari bekerja, tidak seperti tahun sebelumnya.

Cuti 2016

Secara umumnya, hari kelepasan am di Malaysia terbahagi kepada dua jenis; di peringkat persekutuan dan peringkat negeri.

Arahan Cuti umum Persekutuan (kebangsaan) dikeluarkan oleh Bahagian Kabinet, Perlembagaan Dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri.

Cuti umum persekutuan pada kebiasaannya dipatuhi oleh semua badan kerajaan dan pertubuhan swasta, manakala cuti umum negeri hanya dipatuhi di negeri-negeri terbabit.

Selain itu, secara amnya, cuti hujung minggu ialah pada hari Sabtu dan Ahad. Tetapi di empat negeri, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor, cuti hujung minggu ialah pada hari Jumaat dan Sabtu. Cuti hujung minggu Johor pada hari Jumaat dan Sabtu telah berkuatkuasa pada 1 Januari 2014.

SENARAI CUTI UMUM (HARI KELEPASAN AM) MALAYSIA 2016:

TAKWIM CUTI SEKOLAH 2016
Cuti persekolahan Malaysia terbahagi kepada dua kumpulan:

Kumpulan A untuk sekolah di negeri-negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor yang cuti hujung minggu negeri-negeri tersebut ialah pada hari Jumaat dan Sabtu.

Kumpulan B untuk sekolah di negeri-negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, N. Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan, Putrajaya & Kuala Lumpur yang cuti hujung minggu negeri-negeri tersebut ialah pada hari Sabtu dan Ahad.

Cuti sekolah di negeri-negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor:

Cuti sekolah

Cuti sekolah di Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, N. Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan, Putrajaya & Kuala Lumpur:

Takwim Cuti