Monday, August 6, 2012

Duit syiling 5 sen Parlimen

Duit syiling 5 sen Parlimen diperbuat daripada Copper-Nickel. Kebanyakan pengumpul duit lama mencari duit syiling 5 sen 1982 extra dot pada bangunan parlimen. Harga syiling tersebut boleh mencecah sehingga RM150 untuk kondisi Uncirculated. Namun, syiling tersebut bukannya mudah untuk dicari dan kebanyakkan yang dijumpai adalah pada kondisi yang telah digunakan atau circulated. Oleh yang demikian, ramai kolektor berubah mencari syiling keydates atau syiling yang kurang tempaannya mengikut tahun. Syiling yang mempunyai jumpah tempaan yang sedikit pada tahun 1971, 1977, 1985 & 1986 menjadi pilihan untuk diburu para pengumpul duit lama. 

5 sen

Kesemua Duit syiling Parlimen mempunyai rekabentuk yang hampir sama. Pada bahagian hadapan siri ini kelihatan bangunan Parlimen di Kuala Lumpur, sebagai lambang demokrasi Malaysia. Lambang bulan sabit dan bintang berbucu 13 diambil daripada bendera Malaysia, melambangkan Malaysia sebagai negara Islam dan 13 buah negeri di Malaysia. Pada bahagian belakang, nilai denominasi tertera ditengah-tengah dan di apit bahagian tepi oleh bunga raya, bunga kebangsaan Malaysia. Duit syiling ini direka oleh Geoffrey Colley dan anda boleh menemui ukiran "GC" di bahagian hadapan duit syiling siri ini, dibawah bangunan Parlimen. Namun, ada juga duit syiling yang tidak mempunyai ukiran GC kerana masalah die syiling (alat untuk menempa duit syiling) yang tersumbat.


Spesifikasi Teknikal:
Nilai muka: 5 sen.
Diameter: 16.2 mm.
Berat: 1.41 gm.
Komposisi: Copper-Nickel.
Sisi: Milled.
Mint: Royal Mint, UK & Kilang Wang Shah Alam.

Senarai Tahun Keluaran & Mintage Duit 5 sen Parlimen:
1967 -75,464,000 pcs
1968 -74,536,000 pcs
1971 -16,657,712 pcs
1973 -102,942,305 pcs
1976 -65,658,870 pcs
1977 -10,609,162 pcs
1978 -50,044,123 pcs
1979 -38,823,711 pcs
1980 -33,893,481 pcs
1981 -51,490,263 pcs
1982 -118,593,833 pcs (rare-extra dot di bawah parlimen)
1985 -15,553,101 pcs
1987 -16,723,327 pcs
1988 -26,788,183 pcs

Tahun tiada keluaran:
1969, 1970, 1972, 1974, 1975, 1983 & 1984