Thursday, August 16, 2012

Duit syiling 10 sen Parlimen

Di antara kebanyakan duit syiling 10 sen Parlimen, saya rasa hampir semua kenal dengan duit 10 sen 1971 kan? Pada ketika ini, ianya adalah duit syiling 10 sen Parlimen yang paling dicari oleh kolektor dan juga bukan kolektor. Ada dua versi syiling ini berada dipasaran, kedua-duanya mempunyai bentuk dan harga yang berbeza. Untuk makluman, harga untuk duit syiling 10 sen 1971 yang circulated (dalam edaran) lebih tinggi daripada harga syiling yang sama untuk kondisi Brilliant Uncirculated (10 sen 1971 BU). Ada diantara kalangan mereka yang tidak mempunyai ilmu didalam numismatik mengatakan duit ini bernilai tinggi kerana ianya mempunyai kandungan emas didalamnya, sebenarnya ia dicari oleh pengumpul duit lama kerana jumlah edarannya yang sangat sedikit berbanding syiling lain. Saya akan menceritakan dengan lebih lanjut mengenai hal ini pada artikel yang akan datang. Selain itu, kolektor juga mencari tahun 1978 dan 1988 kerana mintagenya yang agak rendah berbanding dengan tahun-tahun syiling Parlimen yang lain.

10 sen Parlimen

Sepertimana duit syiling Parlimen yang lain, 10 sen juga mempunyai rekabentuk yang hampir sama. Pada bahagian hadapan siri ini kelihatan bangunan Parlimen di Kuala Lumpur, sebagai lambang demokrasi Malaysia. Lambang bulan sabit dan bintang berbucu 13 diambil daripada bendera Malaysia, melambangkan Malaysia sebagai negara Islam dan 13 buah negeri di Malaysia. Pada bahagian belakang, nilai denominasi tertera ditengah-tengah dan di apit bahagian tepi oleh bunga raya, bunga kebangsaan Malaysia. Duit syiling ini direka oleh Geoffrey Colley dan anda boleh menemui ukiran "GC" di bahagian hadapan duit syiling siri ini, dibawah bangunan Parlimen. Namun, ada juga duit syiling yang tidak mempunyai ukiran GC kerana masalah die syiling (alat untuk menempa duit syiling) yang tersumbat.

Spesifikasi Teknikal:
Nilai muka: 10 sen.
Diameter: 19.4 mm.
Berat: 2.82 gm.
Komposisi: Copper-Nickel.
Sisi: Milled.
Mint: Royal Mint, UK & Kilang Wang Shah Alam.

Senarai Tahun Keluaran & Mintage Duit 10 sen Parlimen:
1967 -106,708,000 pcs
1968 -128,292,000 pcs
1971 -32,236 pcs
1973 -214,832,756 pcs
1976 -148,840,738 pcs
1977 -52,720,061 pcs
1978 -21,161,891 pcs
1979 -50,633,326 pcs
1980 -51,797,393 pcs
1981 -236,638,957 pcs
1982 -145,638,962 pcs
1983 -30,831,573 pcs
1988 -17,852,262 pcs

Tahun tiada keluaran:
1969, 1970, 1972, 1974, 1975, 1984, 1985, 1986 & 1987