Khamis, 23 April 2020

Duit syiling 1 sen Parlimen

Maklumat mengenai duit syiling 1 sen parlimen yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Duit syiling ini dikeluarkan bermula daripada tahun 1967 sehingga 1988. Namun, terdapat tahun-tahun tertentu yang tidak dikeluarkan duit syiling parlimen ini.

Tahun syiling 1 sen yang dicari
1968, 1970, 1970 (Copper Clad Steel), 1973 (Copper Clad Steel), 1976 (Copper)
*logam yang berbeza dari logam asal perlu diperiksa dengan magnet, rujuk info: 1 sen melekat magnet atau tidak.

Syiling 1 sen parlimen yang awal (1967-1973) di perbuat daripada logam tembaga (copper). Kemudian, ianya diperbuat daripada logam tembaga keluli (copper clad steel). Apa yang menariknya berkenaan duit 1 sen parlimen ini ialah ada juga syiling  di tahun 1973 yang ditempa menggunakan tembaga keluli dan duit 1 sen 1976 yang ditempa daripada tembaga.



1 sen Parlimen

Pada bahagian belakang, nilai denominasi "1 SEN" tertera ditengah-tengah dan di apit kiri kanan oleh bunga raya, bunga kebangsaan Malaysia serta tulisan "MALAYSIA" di sebelah atas dengan tahun syiling disebelah bawah.

Parlimen

Pada bahagian hadapan siri ini kelihatan bangunan Parlimen di Kuala Lumpur, sebagai lambang demokrasi Malaysia. Lambang bulan sabit dan bintang berbucu 13 diambil daripada bendera Malaysia, melambangkan Malaysia sebagai negara Islam dan 13 buah negeri di Malaysia.

Duit syiling ini direka oleh Geoffrey Colley dan anda boleh menemui ukiran "GC" di bahagian hadapan duit syiling siri ini, dibawah bangunan Parlimen. Namun, ada juga duit syiling yang tidak mempunyai ukiran GC kerana masalah die syiling (alat untuk menempa duit syiling) yang tersumbat.

Spesifikasi Teknikal:
Nilai muka: 1 sen.
Diameter: 17.7 mm.
Berat: 1.94 gm.
Ketebalan: 1.26 mm.
Komposisi: Copper (1967-1973) Copper Clad Steel (1973-1988).
Edge: Plain.


Senarai Tahun Keluaran & Mintage Duit 1 sen Parlimen:

Tahun Keluaran Mintage (pcs)
1967 45,000,000
1968 10,500,000
1969 tidak dikeluarkan
1970 2,535,000
1971 47,861,539
1972 tidak dikeluarkan
1973 21,400,385 pcs
1974 tidak dikeluarkan
1975 tidak dikeluarkan
1976 27,406,103
1977 21,751,468
1978 30,843,905
1979 15,713,562
1980 16,150,902
1981 24,633,307
1982 37,295,136
1983 19,333,233
1984 26,267,290
1985 52,401,608
1986 48,920,034
1987 35,284,103
1988 56,748,750


Tahun tiada keluaran:
1969, 1972, 1974, 1975,

Untuk mengetahui nilai dan harga duit syiling ini, anda bolehlah membacanya di dalam artikel; Nilai duit syiling 1 sen mengikut tahun.