Duit syiling 20 sen Parlimen

Jika anda mempunyai duit syiling 20 sen Parlimen jangan lupa untuk memeriksa tahun-tahun berikut; 1970, 1971 dan 1979. Kenapa? Kerana harganya lebih mahal daripada nilai mukanya. Malahan, jika anda mempunyai mana-mana duit syiling parlimen yang mempunyai kondisi yang baik atau Uncirculated pada ketika ini, harganya sudah melangkaui nilai mukanya. Kepada kolektor, apa yang menarik mengenai duit 20 sen parlimen adalah syiling 20 sen 1970, harganya mungkin tidak setanding 10 sen 1971 tetapi sudah berbaloi jika anda mengumpulnya didalam jumlah yang banyak. 20 sen 1970 berbeza dengan duit 20 sen yang lain kerana jumlah mintagenya (tempaan) yang sedikit dan juga ianya ditempa di Hamburg Mint, Germany. Kenapa ada syiling Malaysia yang ditempa di Hamburg Mint? Saya akan menceritakan mengenainya kemudian. Sementara anda menunggu, sila baca informasi berkenaan duit syiling 20 sen parlimen yang saya berikan ini terlebih dahulu.

20 sen

Kesemua Duit syiling Parlimen mempunyai rekabentuk yang hampir sama. Pada bahagian hadapan siri ini kelihatan bangunan Parlimen di Kuala Lumpur, sebagai lambang demokrasi Malaysia. Lambang bulan sabit dan bintang berbucu 13 diambil daripada bendera Malaysia, melambangkan Malaysia sebagai negara Islam dan 13 buah negeri di Malaysia. Pada bahagian belakang, nilai denominasi tertera ditengah-tengah dan di apit bahagian tepi oleh bunga raya, bunga kebangsaan Malaysia. Duit syiling ini direka oleh Geoffrey Colley dan anda boleh menemui ukiran "GC" di bahagian hadapan duit syiling siri ini, dibawah bangunan Parlimen. Namun, ada juga duit syiling yang tidak mempunyai ukiran GC kerana masalah die syiling (alat untuk menempa duit syiling) yang tersumbat.

Spesifikasi Teknikal:
Nilai muka: 20 sen.
Diameter: 23.5 mm.
Berat: 5.65 gm.
Komposisi: Copper -Nickel.
Sisi: Milled.
Mint: Royal Mint, UK., Hamburg Mint, Germany & Kilang Wang Shah Alam.

Senarai Tahun Keluaran & Mintage Duit 20 sen Parlimen:
1967 -49,560,000 pcs
1968 -40,440,000 pcs
1969 -15,000,000 pcs
1970 -1,054,000 pcs
1971 -9,958,419 pcs
1973 -116,075,286 pcs
1976 -47,396,373 pcs
1977 -66,139,363 pcs
1978 -6,847,062 pcs
1979 -17,345,888 pcs
1980 -32,837,339 pcs
1981 -144,127,993 pcs
1982 -97,904,462 pcs
1987 -26,225,289 pcs
1988 -67,218,075 pcs

Tahun tiada keluaran:
1972, 1974, 1975, 1983, 1984, 1985, 1986

8 comments:

  1. suri said...:

    masiha da d rumh lagi.best syiling 50 ada lagi tebal, lebar nesar hee berat pula

  1. zool said...:

    hm.. menarik tu.. nak kena korek2.. mana tau ada tahun 70

  1. ApplePurple said...:

    Menarik2..baru hari ni tahu fakta pasal syiling..ingatkan syiling semuanya sama je..

    ** Blog yang mempunyai niche yang menarik dan fakta2 yang berilmiah bro..keep it up!

  1. Fadzmie said...:

    Fuh. Sampai ke Germany rupanya nak buat syiling zaman dulu. Ingatkan semuanya 'made in Malaysia'. Nice info!

  1. CIK TOM said...:

    ciktom ada koleksi duit syiling rm1 yang lama....

  1. Encik Anif said...:

    Info yang menarik ni.. Kena pecah tabung & cari kalau-kalau ada! :D

  1. hafizmd said...:

    best! mmg syok baca pasal duit syiling lama ni...kadang2 ambe tak tgkpun...huhu

    thanks bro

  1. Amirez said...:

    teringat masa sekolah menengah dulu. ada orang bagitau sape2 yg jumpa duit syiling 20 sen tahun 1972 boleh jual kat dia dengan harga RM50 sekeping. balik rumah menggagau dalam tabung check tahun. rupanya memang takde duit syiling 20 sen tahun 1972 haha. terkono den

 
Malaysian Coin © 2011 | Designed by Chica Blogger.