Jumaat, 24 April 2020

Duit syiling 50 sen Parlimen

Maklumat mengenai duit syiling 50 sen parlimen yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Duit syiling ini dikeluarkan bermula daripada tahun 1967 sehingga 1988. Namun, terdapat tahun-tahun tertentu yang tidak dikeluarkan untuk duit syiling parlimen ini.

Tahun syiling 50 sen yang dicari
1967, 1968 dan 1969 (milled edge)
50 sen 1979 extra dot
50 sen 1988 extra dot

50 sen

Pada bahagian belakang, nilai denominasi "50 SEN" tertera ditengah-tengah dan di apit kiri kanan oleh bunga raya, bunga kebangsaan Malaysia serta tulisan "MALAYSIA" di sebelah atas dengan tahun syiling disebelah bawah.

duit parlimen

Pada bahagian hadapan siri ini kelihatan bangunan Parlimen di Kuala Lumpur, sebagai lambang demokrasi Malaysia. Lambang bulan sabit dan bintang berbucu 13 diambil daripada bendera Malaysia, melambangkan Malaysia sebagai negara Islam dan 13 buah negeri di Malaysia.

Duit syiling ini direka oleh Geoffrey Colley dan anda boleh menemui ukiran "GC" di bahagian hadapan duit syiling siri ini, dibawah bangunan Parlimen. Namun, ada juga duit syiling yang tidak mempunyai ukiran GC kerana masalah die syiling (alat untuk menempa duit syiling) yang tersumbat.

milled edge 50 sen

Ramai daripada bukan kolektor tidak tahu bahawa duit syiling 50 sen terbelah tepi itu dipanggil oleh kolektor sebagai sisi sekuriti (security edge) dan tidak mempunyai nilai yang tinggi berbanding dengan sisi bergerigi (milled edge).

Spesifikasi Teknikal:
Nilai muka: 50 sen.
Diameter: 27.7 mm.
Berat: 9.33 gm.
Komposisi: Copper -Nickel.
Sisi: Security, tulisan BANK NEGARA MALAYSIA
Mint: Royal Mint, UK & Kilang Wang Shah Alam.

Senarai Tahun Keluaran & Mintage Duit 50 sen Parlimen:

Tahun Keluaran Mintage (pcs)
1967 15,000,000
1968 12,000,000
1969 2,000,000
1970 tidak dikeluarkan
1971 8,403,563
1972 tidak dikeluarkan
1973 50,134,655
1974 tidak dikeluarkan
1975 tidak dikeluarkan
1976 tidak dikeluarkan
1977 17,719,888
1978 11,033,439
1979 5,361,146
1980 15,911,367
1981 22,969,297
1982 20,584,998
1983 11,560,300
1984 10,193,478
1985 7,115,162
1986 8,193,478
1987 7,696,117
1988 26,788,183

Tahun tiada keluaran:
1970, 1972, 1974, 1975 & 1976

Untuk mengetahui nilai dan harga duit syiling ini, anda bolehlah membacanya di dalam artikel; Nilai duit syiling 20 sen mengikut tahun.