Sabtu, 15 Februari 2014

Syiling 100 tahun Kuala Lumpur sebagai Penguasa Tempatan

Pada 15 Disember 1990, Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan dua jenis syiling peringatan yang sah diperlakukan (legal tender) bersempena dengan sambutan 100 Tahun Kuala Lumpur Sebagai Penguasa Tempatan. Syiling peringatan 100 tahun Kuala Lumpur sebagai Penguasa Tempatan ini dikeluarkan dalam bentuk logam perak sterling dengan ketulenan .925 (92.5%) dalam dua bentuk iaitu peruf dan kilatan istimewa (brilliant uncirculated) serta logam tembaga bersalut zink dalam bentuk kilatan istimewa (brilliant uncirculated).

100 tahun Kuala Lumpur

Rekabentuk hadapan duit syiling memaparkan bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur baru dan lama dengan berlatar belakang bendera rasmi Kuala Lumpur. Perkataan “PENGUASA TEMPATAN KE-100 TAHUN”, tertera pada bahagian atas duit syiling semantara perkataan "KUALA LUMPUR" dan "1890-1990" pula dipaparkan pada bahagian bawah duit syiling.

25 Ringgit

Bahagian belakang syiling dihiasi dengan logo rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan berlatar belakang 14 garisan lurus selari di bahagian atas syiling semantara dibahagian bawah tertera nilai muka dan perkataan "MALAYSIA".


5 Ringgit 100 tahun Kuala Lumpur sebagai Penguasa Tempatan
5 Ringgit

SPESIFIKASI TEKNIKAL:
Komposisi Logam: Copper Plated Zinc
Berat: 10.60 gram
Diameter: 26.20 mm
Tempaan: 100,000.
Penempa: Kilang Wang Bank Negara, Shah Alam
Nilai muka: RM5
Harga Jualan: RM?
Harga pasaran semasa: (Rujuk:Harga Duit syiling 5 Ringgit)


25 Ringgit 100 tahun Kuala Lumpur sebagai Penguasa Tempatan
25 Ringgit

SPESIFIKASI TEKNIKAL:
Komposisi Logam: 92.5 perak pruf (Silver 92.5%, Copper 7.5%)
Berat: 21.70 gram
Diameter: 35.70 mm
Tempaan: pruf-25,000 keping; bukan pruf-25,000. klik utk info: Apa itu duit syiling proof.
Penempa: Kilang Wang Bank Negara, Shah Alam
Nilai muka: RM25
Harga Jualan: RM?
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Perak)


Untuk senarai lengkap Harga duit lama Malaysia (syiling edaran, syiling peringatan dan coincard), anda boleh mencari maklumat mengenainya didalam artikel ini; Senarai lengkap harga syiling edaran & syiling peringatan Malaysia.