Selasa, 11 Februari 2014

Semua orang dah mula simpan syiling grading?

"Semua orang dah mula simpan syiling grading? Lepas ni, collector yang newbies nak collect apa? Harga duit syiling Malaysia sekarang semua dah mahal sebab semua orang collect syiling grading".

Hahahahaha.... Tergelak saya baca statement atau kenyataan macam ni.

Di Malaysia ni ada duit syiling "Malaysia" sahaja ke?

Di Malaysia ni, semua dealer dah start jual duit syiling Malaysia yang grading sahaja ke?

Orang lain nak beli syiling grading, kita pun nak kena beli syiling yang dah digrading juga ke?

Kalau kesemua jawapan di atas anda adalah ya, tidak hairanlah harga duit syiling Malaysia ketika ini boleh dimanupilasi dengan mudah.

syiling grading

Apa itu Syiling yang telah digred
Kepada yang betul-betul newbies dan tak faham apa yang saya maksudkan, grading disini adalah bermaksud Duit Syiling tersebut telah dihantar kepada pihak ketiga atau syarikat yang membuat servis mengred duit syiling seperti Numismatic Guaranty Corporation (NGC), Professional Coin Grading Service (PCGS) dan sebagainya. Kos menghantar duit syiling untuk grading tersebut adalah pelbagai, bergantung kepada ejen yang menghantarnya, Kos menghantar koleksi kita dan juga bayaran yang dikenakan oleh syarikat tersebut yang biasanya terletak di Amerika Syarikat. Jika anda ingin mencuba mengred duit syiling anda, anda boleh menghubungi Sifu Dickson Niew atau Trigometric Sdn Bhd yang dimiliki oleh Sifu KN Boon. Apabila telah ada pihak yang ketiga mengred duit syiling anda, harganya pasti menjadi lebih tinggi sebab nak hantar grading juga melibatkan kos yang paling kurang pun RM150 untuk sekeping syiling.

Pendapat peribadi saya, syiling yang telah digred ini adalah salah satu pilihan kepada collector bukannya sesuatu yang wajib. Kalau kawan anda beli syiling grading, takkan anda pun nak beli syiling grading juga. Ukurlah baju dibadan sendiri. Jika anda rasa anda mampu, apa salahnya. Untuk pengetahuan anda, saya sendiri tidak menghantar syiling saya untuk digred sebab saya ada banyak lagi koleksi yang saya cari. Bagi saya, kos untuk menghantar duit syiling untuk digred itu adalah lebih baik saya gunakan untuk membeli duit syiling yang saya masih belum ada.

Pilihan sebenarnya adalah ada ditangan collector sendiri. Tidak ada sesiapa yang memaksa anda untuk menyimpan duit syiling Malaysia atau duit syiling yang telah digred. Di Malaysia ini, kita ada pelbagai lagi pilihan lain selain duit syiling Malaysia. Jika anda nak juga membuat koleksi duit syiling Malaysia dan tidak mahu membayar premium yang tinggi untuk duit syiling yang telah digred. Anda boleh sahaja membeli duit syiling yang mempunyai kualiti yang tinggi dan menghantarnya untuk digred kemudian.

Pada pendapat saya juga, ada banyak kebaikan duit syiling yang telah digred berbanding dengan keburukannya (biasanya harga yang tinggi). 

Bagi saya, collector newbies yang merungut sebegini adalah jenis yang tidak akan kekal lama sebagai collector. Kenapa? Sebab dia tengok orang collect duit syiling Malaysia yang telah dihantar grading, dia pun nak ikut juga. Suatu hari nanti Kalau orang dah start nak collect syiling emas sahaja, dia nak ikut juga.

Rasanya pepatah melayu ada menyebut, Belajar Bertatih Dulu Sebelum Berlari....

Nak kumpul koleksi tu biarlah ikut kemampuan bukannya ikut nafsu dan juga kawan. Teman kawan pergi beli duit syiling takpe, boleh belajar benda baru yang kita tidak tahu.

Jika anda adalah newbies dan hanya bertujuan untuk turut serta didalam hobi ini sebagai pelaburan, ada banyak lagi peluang pelaburan didalam hobi ini yang mungkin anda tidak dapat lihat. Banyakkan membaca, bertanya dan belajar berkenaan hobi mengumpul duit lama. Kepada pengumpul baru yang masih tidak faham bagaimana untuk bermula didalam hobi ini, anda boleh membaca artikel saya; 10 Panduan terbaik untuk pengumpul baru.