Ahad, 16 Februari 2014

Soalan-soalan lazim tentang Duit Syiling

Setiap hari, saya kerap menerima soalan yang hampir sama daripada orang yang berbeza sama ada melalui email, twitter ataupun Facebook message. Didalam artikel ini, saya kongsikan soalan-soalan lazim dan jawapan kepada persoalan tersebut. Kesemuanya telah saya jawab didalam blog-blog saya tetapi masih ramai lagi yang lebih suka bertanya mengenainya.

Duit Syiling

Pada pendapat saya, kebanyakan yang bertanya itu bukanlah seorang collector kerana mereka lebih banyak bertanya berkenaan dengan harga duit syiling mereka dan juga cara-cara untuk menjual duit lama yang mereka ada. Kepada bukan collector, bukan semua duit lama mempunyai harga yang tinggi. Umur duit syiling itu bukan penentu harganya atau "rare" sesuatu syiling tersebut.

Soalan-soalan lazim tentang Duit Syiling:

1. Untuk senarai harga duit syiling Malaysia, anda boleh membacanya disini: Senarai Harga Duit Lama Malaysia.

2. Untuk senarai harga Syiling Straits Settlements, Malaya, Borneo & Sarawak, anda boleh membacanya disini: Obsolete Coin.

3. Untuk senarai duit syiling Malaysia keydates, semi keydates atau duit syiling "rare" Malaysia yang mempunyai nilai tinggi didalam numismatik serta dicari oleh pengumpul duit lama, anda boleh membacanya disini: Malaysia rare coin.

4. Untuk informasi mengenai duit syiling 50 sen 1967, 1968 dan 1969 atau mungkin lebih dikenali dengan duit syiling 50 sen berparit atau belah tepi, anda boleh membacanya disini:
-Informasi mengenai Syiling 50 sen 1967, 1968 dan 1969.
-Apa istimewanya duit syiling 50 sen 1969.
-Syiling 50 sen berparit 1967 1968 1969 berharga tinggi?

5. Untuk cara-cara menjual duit lama, anda boleh membacanya disini:
-How to sell coins.
-Cara mudah menjual duit lama.

6. Untuk senarai kedai duit syiling diseluruh Malaysia, anda boleh membacanya disini:
-Malaysia coin dealer
-Senarai kedai duit lama Malaysia

7. Untuk pertanyaan mengenai apa itu duit syiling proof/peruf, anda boleh membacanya disini: Apa itu duit syiling peruf.

8. Untuk pertanyaan mengenai duit syiling error, blog saya tidak membincangkan mengenai duit syiling error. Error dot yang ada didalam blog ini, adalah seperti apa yang ditulis didalam Buku Steven Tan. Walau bagaimanapun, anda boleh membaca dengan lebih lanjut mengenai duit syiling error di blog Sifu Dickson Niew: Niewmismatic Error coins.

9. Untuk pertanyaan mengenai duit syiling Malaysia yang perlu diperiksa dengan magnet untuk mendapat nilai yang tinggi (1 sen 1970, 1 sen 1773 & 1 sen 1976), tidak semua duit syiling perlu diperiksa dengan magnet. Anda boleh mengetahui mengenai syiling yang perlu diperiksa dengan magnet disini: What coin need to test with magnet.

10. Kepada pengumpul baru yang ingin belajar dengan lebih lanjut mengenai hobi ini, saya ada menulis tips untuk anda disini: 10 tips terbaik untuk pengumpul duit syiling baru.

Sila baca dan fahami apa yang saya tulis didalam artikel tersebut. Tujuan saya menulis blog ini bukan untuk membeli duit syiling anda. Tujuan blog ini ditulis adalah untuk mendidik bukan collector mengenai hobi ini supaya mereka lebih memahami collector duit lama.