Isnin, 7 Januari 2013

Infografik: Harga duit syiling $5 Malaysia

Duit syiling peringatan $5 Malaysia mempunyai peminatnya yang tersendiri. Bank Negara Malaysia (BNM) tidak banyak mengeluarkan duit syiling yang bernilai muka 5 ringgit, hanya ada 6 jenis duit syiling 5 ringgit yang pernah dikeluarkan oleh BNM. Namun, saya tidak memasukkan duit syiling 5 ringgit PATA kerana ia dijual didalam set proof.

Duit syiling 5 ringgit Tunku Abdul Rahman 1971 agak sukar untuk ditemui pada gred Brilliant Uncirculated. Walaupun jumlah tempaan syiling itu adalah amat tinggi; 2,000,000 keping.

Saya juga berkongsikan infografik: Harga Syiling $5 Malaysia kepada anda semua. Namun, harga pada infografik itu hanyalah untuk syiling yang mempunyai gred Brilliant Uncirculated. Harga yang saya kongsikan adalah berdasarkan harga pasaran (setakat 6-1-2013) dan mungkin akan berubah mengikut masa. 

Anda dibenarkan untuk berkongsi infografik ini dengan syarat tidak mengubah sebarang rekabentuk dan maklumat yang saya sertakan. Jika boleh, tolong kongsikan link post/blog ini di post/entri yang anda buat.

5 ringgit
Saiz besar infografik ini disini: Harga syiling $5 Malaysia

Artikel ini ditulis untuk berkongsi nilai duit syiling 5 ringgit Malaysia mengikut tahun kepada mereka yang bukan kolektor. Oleh itu, harga yang saya kongsikan di sini adalah hanya untuk duit yang mempunyai kondisi circulated (telah berada didalam edaran) atau very fine sahaja. Jika anda benar-benar ingin menjadi pengumpul duit lama, perlu sekurang-kurangnya memiliki buku rujukan daripada Steven Tan atau KN Boon. Anda boleh membaca mengenainya di blog saya; Steven Tan 20th edition book atau KN Boon 6th edition book

Jika anda ingin berkongsi artikel ini diblog atau di Facebook, tolong sertakan link http://www.malaysiancoin.com. Saya benarkan untuk anda copy/paste selagi anda tidak membuang link blog saya. Jangan lupa untuk Facebook Like atau tweet artikel ini.

Senarai ini dibuat berdasarkan pemerhatian saya kepada harga pasaran di sekitar Lembah Klang pada 12 Januari 2014.

Harga duit Syiling RM5 Malaysia:
Tunku Abdul Rahman Putra-Bapa Kemerdekaan-1971 ------->Harga VF=RM35
Sukan SEA ke-15 (Sea Games)-1989 ------->Harga VF=RM18
Mesyuarat Ketua-ketua kerajaan Komanwel-1989 ------->Harga VF=RM23
Penguasa tempatan ke-100 tahun ------->Harga VF=RM35
20 tahun WWF Malaysia ------->Harga VF=RM40

Anda boleh baca senarai penuh harga duit syiling Malaysia disini; Senarai harga duit syiling Malaysia.



Kepada bukan kolektor yang tidak memahami mengenai kondisi duit syiling mereka, bolehlah membaca mengenainya di post saya; coin pictures grading for newbies. FV bermaksud Face Value atau hanya mempunyai harga pasaran pada nilai muka sahaja. Kepada pengumpul duit lama yang merasakan nilai yang saya kongsikan di sini kurang tepat, anda boleh bertanyakan terus di Facebook page saya. Cuma jangan bertanyakan pada saya nilai untuk duit syiling uncirculated dsb. Jika anda serius untuk mengumpul duit lama atau ingin membuat pelaburan didalam duit lama, beli salah satu buku yang saya nyatakan diatas. Anda perlu ada ilmu numismatik jika anda ingin melabur didalam hobi ini. 

PS: Komen untuk artikel ini ditutup, sila ke entri lain untuk komen. TQ