Wednesday, January 9, 2013

Apa itu duit syiling pruf?

Apabila saya berkongsi harga duit 1 ringgit di dalam post; Nilai harga duit syiling 1 ringgit, ada yang tertanya duit syiling proof $1 1971 tu macam mana rupa dia? Ada yang beranggapan rupabentuk duit syiling itu berbeza daripada duit syiling yang lain. Walaupun saya sudah terangkan bahawa rupabentuknya adalah sama cuma permukaan duit syiling itu adalah seperti cermin (berkilat) dan didatangkan dengan kotak beserta sijil perakuan BNM, masih ada juga yang tak faham. Mungkin kerana harga syiling 1 ringgit 1971 proof tersebut yang agak lumayan berbanding syiling yang biasa. Mungkin juga kerana yang bertanya itu bukan seorang kolektor dan tidak pernah melihat duit syiling proof sebelum ini. Jika anda tidak pernah melihat duit syiling proof, anda boleh melawat blog syilingperingatan.blogspot.com. Kebanyakan daripada duit syiling peringatan yang dipaparkannya di dalam blog tersebut adalah duit syiling proof silver. Pengumpul duit lama mengemari duit syiling proof kerana ianya lebih cantik daripada duit syiling yang biasa.

duit proof

Apa itu duit syiling proof?
Duit syiling pruf adalah duit syiling yang ditempa khas untuk gred pruf, proses penempaan berkualiti tinggi dan dibuat khas untuk pengumpul duit syiling. Syiling pruf moden biasanya mempunyai permukaan seperti cermin. Namun, syiling pruf lama mungkin hanya dapat dibezakan dengan permukaannya yang berkualiti tinggi.

Terma Pruf atau "proof" merujuk kepada cara syiling itu dibuat dan bukannya gred duit syiling tersebut.

Mengikut buku KN Boon, Syiling pruf dibuat dengan mengenakan 2 kali ganda tekanan ke atasnya bagi memastikan acuan dipenuhi sepenuhnya. Acuan yang digunakan biasanya telah dikilatkan. Salah satu Kriteria utama ialah ianya mempunyai permukaan yang amat tajam dan sangat jelas.

Agong ke-14

Bagaimana Duit Pruf dibuat?
Duit syiling dihasilkan dengan mengunakan dua 'die' berasingan, die muka depan syiling dan satu lagi die muka belakang syiling.

Kedua-dua die yang digunakan untuk membuat duit syiling itu di gilap dan dibuat khas untuk menghasilkan syiling pruf.

Bukan sahaja die tersebut dirawat khas, setiap syiling dihentak dua kali atau lebih oleh Mesin tekanan duit syiling. Dua kali tekanan ke atas duit syiling itu membolehkan setiap celah logam dipenuhi, sekaligus memberikan imej yang sangat halus dan terperinci pada duit syiling itu.

Teknologi moden juga membolehkan setiap permukaan yang tinggi (high point) pada die dirawat dengan mengunakan asid. Latarbelakang rekabentuk die syiling itu dikilatkan, menghasilkan permukaan yang seperti cermin.

Istana Negara

Gred Pruf
Pruf juga digred seperti duit syiling Uncirculated. Syarikat Gred antrabangsa menggunakan attribut "PF" atau "PR" yang bermaksud Pruf. Pruf biasanya akan digred PR60 sehingga PR70. Duit syiling Pruf juga boleh jatuh grednya jika tidak dijaga dengan baik dan ia mungkin mendapat gred dibawah PR60.


Disini, saya paparkan juga contoh duit syiling pruf didalam bentuk video: