Friday, July 10, 2015

50 sen berparit berharga tinggi?

Saya sudah menulis artikel maklumat salah mengenai Syiling 50 sen Berparit pada bulan Disember tahun lalu. Bulan ini, perkara yang sama terus berulang-ulang. Semalam, saya terpaksa mengambil tindakan melaporkan blogger-blogger yang tidak beretika mencuri artikel blog ini tanpa izin kepada Google.

50 sen berparit

Blogger-blogger tidak beretika yang hanya mengejar rating, trafik dan juga populariti ini tidak sedar, mereka sebenarnya menyusahkan orang lain.

Terima kasih kepada rakan-rakan yang membantu melaporkan kepada saya. Dunia web ini sangat luas, saya sendiri mungkin terlepas pandang perkara-perkara seperti ini. tanpa bantuan dari rakan-rakan, memang saya tak perasan.

Kepada mereka yang masih baru di blog ini, sila baca terlebih dahulu artikel di link "maklumat salah mengenai Syiling 50 sen Berparit" yang saya berikan di atas.

Jika anda tidak mahu percaya, terpulang kepada anda.

Saya bukannya jual ubat di tepi jalan nak anda percaya supaya anda nak beli ubat saya. Nasihat saya percuma, anda tak perlu bayar satu sen pun dan anda tak perlu beli apa-apa.

Ramai "Mat jenin" yang marah dan tidak percaya duit syiling berparit mereka saya katakan tidak berharga tinggi. Semua berharap boleh jual dengan harga ribuan Ringgit, bolehlah digunakan untuk menampung perbelanjaan raya kan?

Tapi apabila saya kata harga cuma RM3-5 itupun jika ada orang nak beli, mula la "Mat jenin" ni ramai yang melenting.

"Kenapa blog lain kata boleh jual sampai RM81ribu?"

Saya kata blog lain tu curi artikel saya, letak gambar syiling buruk kata boleh jual harga RM81ribu. Boleh baca dan belajar kenapa syiling tu berharga mahal di dalam artikel yang asal "Top 10 Syiling Malaysia berharga Mahal".

Sepatutnya, kalau blog lain kata syiling tuan-tuan tu boleh jual harga RM81ribu, tanyalah tuan punya blog tu, jangan tanya saya. Mungkin mereka tu pakar, boleh membantu menyelesaikan masalah tuan-puan.

Saya hanya blogger numismatik yang telah berkongsi maklumat di blog sejak tahun 2008 lagi dan dulu pernah menjalankan perniagaan online numismatik daripada tahun 2003 sehingga 2012. Saya berhenti berniaga buat sementara waktu kerana agak sibuk dengan tugas.

Kalau berhajat nak suruh saya jual dan nak bagi komisen 30% tu boleh tapi kena bayar komisen tu (100%) awal-awal dengan saya dan saya tak janji duit lama tuan-tuan boleh jual. Hahahaha.... Boleh saya untung atas angin, ambik duit jer. Hahahaha....

Mat Jenin ni semua cakap macam jutawan, padahal ada syiling 50 sen berparit yang berharga RM3, itupun kalau ada orang nak beli.

Sekali lagi saya tulis, mana tau ada yang mata rabun tak boleh baca:

Harga syiling 50 sen berparit tu cuma RM3, itupun kalau ada orang nak beli!