Ahad, 3 Februari 2013

Nilai duit syiling 1, 5, 10, 20, 50 sen mengikut tahun

Walaupun saya sudah kongsikannya sebelum ini kepada semua tetapi masih ada lagi yang bertanyakan kepada saya tentang nilai duit syiling 1, 5, 10, 20, 50 sen mengikut tahun. Entahlah.., mereka kata mereka tak tahu nak cari didalam blog saya ni. Dah puas cari tapi tak jumpa juga.., kononnya.

Nilai duit

Blog saya setakat artikel ini ditulis hanya ada 101 posts sahaja, takkan tak boleh jumpa kot? Di sebelah tepi kanan atas dibawah tajuk "MUST READ POSTS" pun saya dah kongsikan link untuk artikel Senarai Harga Duit Lama Malaysia. Boleh baca post tu dan tengok senarai nilai duit syiling 1, 5, 10, 20, 50 sen mengikut tahun. Harga duit syiling 1 ringgit dan juga 5 ringgit pun saya dah masukkan didalam post tu.


1 sen

Duit syiling 1 sen
Duit syiling 1 sen yang mana satukah bernilai tinggi kepada pengumpul duit lama? Anda boleh periksa sama ada tabung anda mempunyai syiling 1 sen 1968, 1970 dan juga "syiling 1 sen melekat magnet untuk tahun 1973" serta "syiling 1 sen tidak melekat magnet untuk tahun 1976". Jika anda mempunyai duit syiling pada kondisi UNC dan dapat melengkapkan satu set 1 sen duit Malaysia lengkap mengikut tahun (tanpan 1 sen 1976 copper), harganya sudah boleh mencecah RM150 satu set. Kalau anda mengambilnya daripada simpanan duit 1 sen anda, anda hanya menggunakan modal tak sampai 50 sen. Dah untung berapa banyak? Boleh baca cerita mengenai 1 sen dengan lebih lanjut disini; Nilai duit syiling 1 sen mengikut tahun.

malaysia

Duit syiling 5 sen
Ramai orang yang tidak ambil peduli berkenaan duit syiling 5 sen, walhal ada dari syiling tersebut yang bernilai lebih tinggi daripada nilai mukanya. Ramai kolektor mencari syiling 5 sen untuk tahun 1977, 1997 dan juga 2004. Jangan lupa juga dengan duit syiling 5 sen 1982 extra dot. Namun, kebanyakan mereka mencari syiling yang mempunyai kondisi yang lebih tinggi dari Very Fine sebab ianya masih lagi boleh ditemui pada ketika ini. Boleh baca cerita mengenai 5 sen dengan lebih lanjut disini; Nilai duit syiling 5 sen mengikut tahun.


10 sen 1971

Duit syiling 10 sen
Jika bercakap mengenai duit 10 sen, sudah pasti anda semua tahu duit 10 sen 1971 lah yang dicari oleh ramai kolektor kerana mintagenya yang rendah dan harganya yang agak tinggi. Namun, ramai yang tidak tahu duit syiling tersebut mempunyai dua versi yang berbeza dan harganya juga berbeza mengikut versinya. Versi yang pertama (V1) adalah syiling yang circulated dan agak sukar untuk mendapat kondisi syiling yang tinggi. Versi yang kedua (V2) adalah duit syiling yang sepatutnya berkeadaan Brilliant Uncirculated, versi yang dimiliki oleh kebanyakan kolektor pada ketika ini. Apa yang membezakan kedua-dua syiling tersebut ialah V2 pada kebiasaannya memiliki tanda seperti dot di antara MAL'AYSIA di muka hadapannya. Selain dari itu, ramai kolektor juga mencari syiling 10 sen 1994 dan juga 2003 bunga raya. Boleh baca cerita mengenai 10 sen dengan lebih lanjut disini; Nilai duit syiling 10 sen mengikut tahun.


harga duit

Duit syiling 20 sen
Ramai yang merasakan harga duit syiling 20 sen kurang menarik berbanding duit syiling 1 sen dan 50 sen. Tidak ramai yang sedar, harga duit syiling 20 sen 1970 dipasaran sekarang adalah agak murah jika dilihat kepada jumlah mintagenya. Ada lebih 2juta syiling 1 sen 1970 tetapi harganya boleh mencecah RM80 sekeping berbanding 20 sen 1970 yang mempunyai jumlah tempaan sejuta tetapi hanya berharga RM30 sekeping untuk kondisi Very Fine. Jika anda ingin mencari duit syiling 20 sen yang bernilai tinggi dari nilai mukanya, cuba dapatkan duit syiling 20 sen tahun 1970, 1971, 1978 dan 1994. Boleh baca cerita mengenai 20 sen dengan lebih lanjut disini; Nilai duit syiling 20 sen mengikut tahun.


50 sen

Duit syiling 50 sen
Harga duit syiling 50 sen agak sukar untuk saya dapatkan kerana ada di antaranya yang tidak ada dipasaran. Saya terpaksa bergantung kepada jualan-jualan online untuk mendapatkan harga pasaran. Duit syiling 50 sen tahun 1969, 1971, 1979, 1985, 1986, 1987, 1989, 1993, 1994, 1995 dan 1996 adalah di antara syiling yang dicari oleh pengumpul duit lama. Duit syiling 50 sen juga ada yang mempunyai extra dot untuk tahun 1979 dan juga 1988. Tidak juga lupa, syiling "Milled Edge" yang mempunyai harga sangat tinggi daripada syiling-syiling yang lain untuk tahun 1967, 1968 dan 1969. Ramai bukan kolektor yang silap faham, mereka ingatkan duit syiling 50 sen berparit atau belah tepi yang mempunyai harga tinggi dipasaran, sebenarnya pengumpul duit lama mencari duit 50 sen milled edge ini. Harganya boleh mencecah sehingga ribuan ringgit sekeping kerana agak sukar untuk menemuinya. Boleh baca cerita mengenai 50 sen dengan lebih lanjut disini; Nilai duit syiling 50 sen mengikut tahun.


1 ringgit

Duit syiling 1 ringgit
Untuk Duit 1 ringgit bunga raya, saya syorkan berhati-hati kepada anda kerana ada penjual duit lama yang menjual duit palsu dan ada juga kemungkinan duit 1 ringgit bunga raya anda palsu kerana memang terdapat banyak duit palsu 1 ringgit bunga raya dalam edaran. Sepertimana yang saya perkatakan sebelum ini, jika anda mempunyai duit syiling Parlimen 1 ringgit selain daripada tahun 1971, sila simpan kerana suatu hari nanti ianya akan sukar ditemui kerana mintagenya yang rendah. Pada ketika ini, duit syiling RM1 1982 adalah yang paling menarik harganya berbanding duit syiling seringgit yang lain. Kepada mereka yang mempunyai duit syiling 1 ringgit 1971, jangan bermimpi dengan menjual duit anda sehingga beribu ringgit. Duit itu mempunyai jumlah mintage yang paling banyak di dalam siri duit 1 ringgit parlimen, harganya adalah yang paling rendah dan murah sebenarnya. Boleh baca cerita mengenai 1 ringgit dengan lebih lanjut disini; Nilai duit syiling 1 ringgit mengikut tahun.


PS: Komen untuk artikel ini ditutup, sila ke entri lain untuk komen. TQ