Selasa, 5 Februari 2013

Siapa makan cili dialah terasa pedasnya

PS: Artikel ini berbau sarkastik, jangan baca jika anda ada lemah jantung dan sebagainya.

Aduuuuh! Panas! Panas! Pedas! Pedas! Mau terbakar hati ni pasal terlampau banyak makan cili.... Hahahahaha.... Berikutan post saya mengenai 10 sen 1971 palsu baru-baru ini, tak sangka pulak ada yang termakan cili. Saya tak sebut pun nama sesiapa didalam tu yang melompat tu kenapa? Hahahaha.... Jangan makan cili sampai kena buasir sudahlah. Hahahaha....

cili

Ooops terlupa, buat kali ketiga kita berperibahasa lagi, Siapa makan cili dialah terasa pedasnya yang bermaksud yang merasa tersindir, dialah yang berbuat pekerjaan yang disindirkan itu. Hahahaha....

Saya memang bukannya pakar, saya tak pernah pun mengaku yang saya ini pakar atau otai dan kepada collector yang kenal saya, memang tahu saya tak suka dipanggil otai atau pakar. Didalam blog-blog saya atau di Facebook saya, saya tak pernah pun menunjuk-nunjuk koleksi yang saya ada untuk mendapat "respect" dikalangan collector semua. Sebab saya rasa tak perlu berbuat demikian dan memang sifat saya tak suka menunjuk-nunjuk. Banyak perkara lagi tentang dunia numis yang saya perlu pelajari dan memang banyak benda yang saya tak tahu.

Namun, saya suka bertanya kepada collector-collector yang telah lama didalam hobi ini, dengan kawan-kawan dan juga dealer-dealer yang sudah biasa dengan saya jika ada sesuatu perkara atau isu yang saya tak tahu. Kadang-kadang, apabila saya berjumpa dengan dealer-dealer di Amcorp Mall tu, saya akan bertanya juga walau saya tahu. Daripada sana saya dapat belajar banyak perkara dan saya kongsikan dengan rakan-rakan collector didalam blog-blog saya. Ada juga maklumat yang saya dapat daripada bacaan sama ada di internet atau didalam buku numismatik. Tahun lepas sahaja saya sudah habiskan RM3,000 lebih untuk membeli buku numismatik/sejarah Malaysia dan tahun ini (setakat hari ini), saya sudah belanjakan didalam RM500 untuk buku-buku duit lama dan buku-buku sejarah Malaysia.

Tetapi jangan salah faham, tak semestinya apa yang ditulis didalam buku itu betul. Buku yang ada dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia sendiri pun ada yang tidak betul kenyataan dan fakta didalamnya. 

Kenyataan yang dikeluarkan oleh kakitangan BNM mengenai sejarah duit Malaysia sendiri pun ada yang silap. Budak-budak BNM pernah diajar oleh ketua mereka, duit syiling 50 sen tu adalah duit circulation yang paling besar didunia. Anda semua kena ingat, kerja di BNM bukan bermakna mereka itu ada ilmu numismatik.

Bagi saya ilmu tidak akan dapat jika kita tidak mencarinya. Kita boleh bertanya dengan sesiapa pun untuk mendapatkan ilmu tetapi kita sendiri kena pastikan ilmu yang disampaikan oleh seseorang itu betul atau tidak. Ada ilmu hitam dan juga ada ilmu putih didalam numismatik Malaysia ni.

Mereka yang sudah lama didalam numismatik Malaysia pastinya tahu, Bank Negara Malaysia (BNM) tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan tentang numismatik. Jumlah mintage 32,236 yang kita dapat sekarang ini untuk 10 sen 1971 pun datangnya daripada Master Sifu Steven Tan bukan kenyataan rasmi daripada BNM. Namun, Steven Tan ada mendapat surat makluman tentang mintage duit syiling Malaysia setiap tahun daripada BNM. Betulkan saya jika saya silap, Master Sifu Steven Tan adalah satu-satunya individu yang mendapat maklumat rasmi daripada BNM tentang mintage duit syiling Malaysia. Kenapa BNM cukup berahsia tentang jumlah tempaan duit syiling Malaysia, itu anda kena tanya sendiri dengan BNM. Namun, bagi saya BNM sendiri ada politik dan red-tape dalaman mereka.

Adakah wujud duit "50 sen milled edge palsu"? Hahahahaha.... Inilah jika ilmu tak cukup tapi nak bercakap juga, nanti kata bodoh marah pulak kan? Tapi memang bodoh pun, nak buat macamana. Perlukah saya jawab? Rasanya kawan-kawan collector lain dah boleh tolong jawabkan bukan? 

Kenapa ada duit 10 sen 1971 v1 dan v2. V tu apa? Bila masa pulak ada v tu? siapa yang buat cerita ada v ni?

Erk.... besoklah saya cerita. Bagi orang yang makan cili tu lompat-lompat kepanasan dulu. Hahahaha.... 

Jangan lupa tolong share artikel ini dengan kawan-kawan yang suka makan cili itu. Hahahaha.....