Berapakah nilai duit syiling 5 sen mengikut tahun? Pada ketika ini, duit syiling 5 sen Malaysia terdiri daripada 3 siri; parlimen, bunga raya & siri baru. Di sini, saya kongsikan harga syiling 5 sen yang mempunyai kondisi circulated (telah berada didalam edaran) atau very fine sahaja. Tujuan artikel ini ditulis adalah untuk mereka yang bukan kolektor di luar sana yang bertanyakan harga duit mereka. Jika anda benar-benar ingin menjadi pengumpul duit lama, perlu sekurang-kurangnya memiliki buku rujukan. Buku daripada Steven Tan atau KN Boon adalah satu kemestian kepada pengumpul duit lama. Anda boleh membaca mengenainya di blog saya; Steven Tan 20th edition book atau KN Boon 6th edition book. Harga yang saya kongsikan adalah berdasarkan harga pasaran (setakat 22-8-2012) dan mungkin akan berubah mengikut masa.
Nilai duit syiling 5 sen mengikut tahun
Ramai orang yang tidak ambil peduli berkenaan duit syiling 5 sen, walhal ada dari syiling tersebut yang bernilai lebih tinggi daripada nilai mukanya. Ramai kolektor mencari syiling 5 sen untuk tahun 1977, 1997 dan juga 2004. Namun, kebanyakan mereka mencari syiling yang mempunyai kondisi yang lebih tinggi dari Very Fine sebab ianya masih lagi boleh ditemui pada ketika ini.
Saya minta, jika anda ingin berkongsi artikel ini diblog atau di Facebook, tolong sertakan link http://www.malaysiancoin.com. Saya benarkan untuk anda copy/paste selagi anda tidak membuang link blog saya. Jangan lupa untuk Facebook Like atau tweet artikel ini.
Harga duit syiling 5 sen Parlimen:
1967 ------>Harga VF=RM1
1968 ------>Harga VF=RM1
1971 ------>Harga VF=RM3
1973 ------>Harga VF=RM1
1976 ------>Harga VF=RM1
1977 ------>Harga VF=RM3
1978 ------>Harga VF=RM1
1979 ------>Harga VF=RM1
1980 ------>Harga VF=RM1
1981 ------>Harga VF=RM1
1982 ------>Harga VF=RM1
1982 -(rare-extra dot di bawah parlimen)----->Harga VF=RM90
1985 ------>Harga VF=RM3
1987 ------>Harga VF=RM3
1988 ------>Harga VF=RM2
Anda boleh baca cerita penuh mengenai duit syiling ini disini; Duit syiling 5 sen Parlimen.
Source: http://www.malaysiancoin.com.
Harga duit syiling 5 sen Bunga Raya:
1989 ------>Harga VF=RM1
1990 ------>Harga VF=FV
1991 ------>Harga VF=FV
1992 ------>Harga VF=FV
1993 ------>Harga VF=FV
1994 ------>Harga VF=FV
1995 ------>Harga VF=FV
1996 ------>Harga VF=FV
1997 ------>Harga VF=RM4
1998 ------>Harga VF=FV
1999 ------>Harga VF=FV
2000 ------>Harga VF=FV
2001 ------>Harga VF=FV
2002 ------>Harga VF=FV
2003 ------>Harga VF=FV
2004 ------>Harga VF=RM3
2005 ------>Harga VF=FV
2006 ------>Harga VF=FV
2007 ------>Harga VF=FV
2008 ------>Harga VF=FV
2009 ------>Harga VF=FV
2010 ------>Harga VF=FV
2011 ------>Harga VF=FV
Anda boleh baca cerita penuh mengenai duit syiling ini disini; Duit syiling 5 sen Bunga Raya.
Source: http://www.malaysiancoin.com.
Kepada bukan kolektor yang tidak memahami mengenai kondisi duit syiling mereka, bolehlah membaca mengenainya di post saya; coin pictures grading for newbies. VF bermaksud kondisi Very Fine. FV bermaksud Face Value atau hanya mempunyai harga pasaran pada nilai muka sahaja. Kepada pengumpul duit lama yang merasakan nilai yang saya kongsikan di sini kurang tepat, anda boleh bertanyakan terus di Facebook page saya. Cuma jangan bertanyakan pada saya nilai untuk duit syiling uncirculated dsb. Jika anda serius untuk mengumpul duit lama atau ingin membuat pelaburan didalam duit lama, beli salah satu buku yang saya nyatakan diatas. Anda perlu ada ilmu numismatik jika anda ingin melabur didalam hobi ini. Perkataan "Rare" yang digunakan di dalam artikel ini bukanlah bermaksud rare yang digunakan oleh pengumpul duit lama tetapi lebih kepada "syiling yang dicari oleh pengumpul duit lama".
PS: Komen untuk artikel ini ditutup, sila ke entri lain untuk komen. TQ