Nilai duit syiling 20 sen mengikut tahun
Ramai yang merasakan harga duit syiling 20 sen kurang menarik berbanding duit syiling 1 sen dan 50 sen. Tidak ramai yang sedar, harga duit syiling 20 sen 1970 dipasaran sekarang adalah agak murah jika dilihat kepada jumlah mintagenya. Ada lebih 2juta syiling 1 sen 1970 tetapi harganya boleh mencecah RM80 sekeping berbanding 20 sen 1970 yang mempunyai jumlah tempaan sejuta tetapi hanya berharga RM30 sekeping untuk kondisi Very Fine. Jika anda ingin mencari duit syiling 20 sen yang bernilai tinggi dari nilai mukanya, cuba dapatkan duit syiling 20 sen tahun 1970, 1971, 1978 dan 1994. Harga yang saya kongsikan di sini adalah berdasarkan harga pasaran (setakat 6-9-2012) dan mungkin akan berubah mengikut masa.

Artikel ini ditulis untuk berkongsi nilai duit syiling 20 sen Malaysia mengikut tahun kepada mereka yang bukan kolektor. Oleh itu, harga yang saya kongsikan di sini adalah hanya untuk duit yang mempunyai kondisi circulated (telah berada didalam edaran) atau very fine sahaja. Jika anda benar-benar ingin menjadi pengumpul duit lama, perlu sekurang-kurangnya memiliki buku rujukan daripada Steven Tan atau KN Boon. Anda boleh membaca mengenainya di blog saya; Steven Tan 20th edition book atau KN Boon 6th edition book.
Jika anda ingin berkongsi artikel ini diblog atau di Facebook, tolong sertakan link http://www.malaysiancoin.com. Saya benarkan untuk anda copy/paste selagi anda tidak membuang link blog saya. Jangan lupa untuk Facebook Like atau tweet artikel ini.
Senarai Tahun Keluaran Duit 20 sen Parlimen:
1967 ------>Harga VF=RM1
1968 ------>Harga VF=RM1
1969 ------>Harga VF=RM4
1970 ------>Harga VF=RM30
1971 ------>Harga VF=RM7
1973 ------>Harga VF=FV
1976 ------>Harga VF=RM1
1977 ------>Harga VF=RM1
1978 ------>Harga VF=RM9
1979 ------>Harga VF=RM4
1980 ------->Harga VF=RM2
1981 ------>Harga VF=FV
1982 ------>Harga VF=FV
1987 ------>Harga VF=RM2
1988 ------>Harga VF=RM1
Anda boleh baca cerita penuh mengenai duit syiling ini disini; Duit syiling 20 sen Parlimen
Source: http://www.malaysiancoin.com.
Senarai Tahun Keluaran Duit 20 sen Bunga Raya:
1989 ------>Harga VF=RM2
1990 ------>Harga VF=RM1
1991 ------>Harga VF=FV
1992 ------>Harga VF=RM1
1993 ------>Harga VF=RM1
1994 ------>Harga VF=RM15
1997 ------>Harga VF=FV
1998 ------>Harga VF=FV
2000 ------>Harga VF=FV
2001 ------>Harga VF=FV
2002 ------>Harga VF=FV
2004 ------>Harga VF=FV
2005 ------>Harga VF=FV
2006 ------>Harga VF=FV
2007 ------>Harga VF=FV
2008 ------>Harga VF=FV
2009 ------>Harga VF=FV
2010 ------>Harga VF=FV
2011 ------>Harga VF=FV
Anda boleh baca cerita penuh mengenai duit syiling ini disini; Duit syiling 20 sen Bunga Raya.
Source: http://www.malaysiancoin.com.
Kepada bukan kolektor yang tidak memahami mengenai kondisi duit syiling mereka, bolehlah membaca mengenainya di post saya; coin pictures grading for newbies. FV bermaksud Face Value atau hanya mempunyai harga pasaran pada nilai muka sahaja. Kepada pengumpul duit lama yang merasakan nilai yang saya kongsikan di sini kurang tepat, anda boleh bertanyakan terus di Facebook page saya. Cuma jangan bertanyakan pada saya nilai untuk duit syiling uncirculated dsb. Jika anda serius untuk mengumpul duit lama atau ingin membuat pelaburan didalam duit lama, beli salah satu buku yang saya nyatakan diatas. Anda perlu ada ilmu numismatik jika anda ingin melabur didalam hobi ini. Perkataan "Rare" yang digunakan di dalam artikel ini bukanlah bermaksud rare yang digunakan oleh pengumpul duit lama tetapi lebih kepada syiling yang dicari oleh pengumpul duit lama.
PS: Komen untuk artikel ini ditutup, sila ke entri lain untuk komen. TQ