Sabtu, 22 Oktober 2016

Duit peringatan mesyuarat tahunan IDB Ke-30 tahun

Pelancaran duit syiling peringatan sempena Mesyuarat Tahunan Bank Pembangunan Islam (IDB) Ke-30 telah dilaksanakan oleh mantan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Palace of Golden Horses pada 23 Jun 2005. turut hadir di majlis itu ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tiga jenis duit syiling dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia sempena Mesyuarat Tahunan ke-30 Lembaga Gabenor IDB yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 22-24 Jun; Syiling Peringatan Emas, Syiling Peringatan Perak dan Syiling Peringatan Emas Nordic. Ketiga-tiga duit syiling adalah sah diperlakukan (legal tender) di dalam Malaysia.

IDB coin

Reka bentuk belakang syiling ini adalah berbeza mengikut jenis duit syiling. Bagi duit syiling emas dan perak, masing-masing tertera imej Pejabat Perdana Menteri dan Masjid Putrajaya serta tulisan jawi “Mesyuarat Tahunan Bank Pembangunan Islam Ke-30”. Bagi duit syiling emas nordic, tertera perkataan “Mesyuarat Tahunan Bank Pembangunan Islam Ke-30” yang ditulis dalam tulisan rumi dan khat khufi.

IDB

Rekabentuk hadapan untuk ketiga-tiga jenis duit syiling peringatan ini adalah sama iaitu tertera logo rasmi Mesyuarat Tahunan Bank Pembangunan Islam Ke-30 dan perkataan “ISLAMIC DEVELOPMENT BANK 30th ANNUAL MEETING 2005” dan “MALAYSIA”.

Duit syiling peringatan ini ditempa dan dibungkus oleh The Royal Mint of Malaysia.

Syiling RM1 Emas Nordic mesyuarat tahunan IDB Ke-30
1 ringgit

SPESIFIKASI TEKNIKAL:
Komposisi Logam: Emas Nordic
Berat: 9.16g
Diameter: 30.00mm
Tempaan: 20,000 keping.
Penempa: Royal Mint of Malaysia
Nilai muka: 1 Ringgit
Harga Jualan BNM: RM8
Harga pasaran semasa: (rujuk: Senarai Harga Malaysia Coin Card )

Syiling RM20 pruf perak mesyuarat tahunan IDB Ke-30
Islamic Development Bank

SPESIFIKASI TEKNIKAL:
Komposisi Logam: 99.9 perak pruf
Berat: 31.10 gram
Diameter: 40.00mm
Tempaan: 1,000 keping.
Penempa: Royal Mint of Malaysia
Nilai muka: 20 Ringgit
Harga Jualan BNM: RM150
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Perak)

Syiling RM200 pruf emas mesyuarat tahunan IDB Ke-30
Bangunan PM

SPESIFIKASI TEKNIKAL:
Komposisi Logam: 999.9 emas pruf
Berat: 15.55 gram
Diameter: 28.00mm
Tempaan: 500 keping.
Penempa: Royal Mint of Malaysia
Nilai muka: 200 Ringgit
Harga Jualan BNM: RM1,100
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Emas)



Set Pruf 2 dalam 1:
Mengandungi duit syiling perak dan emas nordic pruf
Tempaan: 1,000 set.
Harga Jualan BNM: RM180
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Set 2 dalam 1)


Set Pruf 3 dalam 1:
Mengandungi duit syiling emas, perak dan emas nordic pruf
Tempaan: 500 set.
Harga Jualan BNM: RM1,280
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Set 3 dalam 1)


Untuk senarai lengkap Harga duit lama Malaysia (syiling edaran, syiling peringatan dan coincard), anda boleh mencari maklumat mengenainya didalam artikel ini; Senarai lengkap harga syiling edaran & syiling peringatan Malaysia.